Friday, July 10, 2009

Sokongan dan Semangat yang jitu sangat dihargai

Salam Takzim,
Untuk makluman bahawa sokongan yang diterima amat memberangsangkan oleh semua pihak. Segala kesulitan yang berlaku sebelum ini masih dalam penambahbaikan. Penghargaan buat semua yang pembaca blog ini yang sentiasa inginkan maklumat dan tidak putus2 memberi cadangan untuk memajukan dan memantapkan mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS.

Pembaca yang dihormati,
Tunjukkanlah sokongan anda dengan menyertai Group GSSU yang ada dalam FAcebook dan Friendster yang diubahsuai khas untuk kita saling berinteraksi membina ukhwah yang kuat. Group GSSU adalah untuk membantu Mahasiswa dan Mahasiswi untuk BERANI BERSUARA. Bersuara kearah memenuhi kehendak masing-masing.
Setiap orang inginkan kehendak mereka dan kebajikan di jaga.
Maka dengan suara kita yang SATU digabungkan akan menjadi kuat.

Teruskan Perjuangan Sahabat-sahabatku.
Sedarlah bahawa kita di wujudkan dan UNITE atas satu dasar yang sama dan tiada sebab atau objektif lain.

Maka mana2 pihak yang menggunakan GSSU untuk kepentingan peribadi dan kepentingan Organisasi yang didukung olehnya akan dipantau dan ditentang habis-habisan. Kuasa dan kekuatan kita adalah daripada kita sendiri.
Akhir sekali, kepada pembaca yang bijaksana semua, pesanan daripada GSSU.

Jalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa dengan penuh rasa kebertanggungjawaban dan untuk semua mahasiswa UNIMAS dan bukannya untuk segolongan kecil yang berada disekeliling anda sahaja atau BIAS terhadap orang yang anda kenali.

Wasalam. Teruskan membaca

No comments: