Warga UNIMAS yang dihormati,
Adalah dimaklumkan UNIMAS telah mempunyai dua kes positif H1N1 (kes import)
yang melibatkan staf di Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan (BPAK) dan
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM). Staf -staf
yang terlibat sudah dikuarantin dan sedang mendapat rawatan sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, semua warga UNIMAS adalah dimohon mengambil
langkah-langkah berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan sekiranya
mempunyai simptom/simptom-simptom berikut, terutamanya mereka-mereka yang
mempunyai sejarah kontak dengan mereka yang telah disahkan positif
1) Demam melebihi 38C
2) Sakit Tekak
3) Selsema
4) Letih dan lesu
5) Sakit-sakit badan
6) Batuk, tidak berkahak pada peringkat awal
Semua warga UNIMAS adalah dengan ini dimohon agar memandang serius perkara
ini agar penularan wabak ini dapat disekat di kalangan warga UNIMAS. Sila
berhubung dengan Pusat Kesihatan UNIMAS.
Menurut Lau WEE Ming (2009)
Mintak semua tlg sebar2kan maklumat ni.. kalo berhubungan dengan staf pakai topeng.. dulu masa MAP baru suspek je pelajar kita staf da pakai topeng n takut berurusan ngan pelajar..
sama2lah kita berkerjasama.. sebar2kan maklumat..
dari pelajar untuk pelajar
DAre to SPEAK!
sama2lah kita berkerjasama.. sebar2kan maklumat..
dari pelajar untuk pelajar
DAre to SPEAK!
No comments:
Post a Comment