Wednesday, November 19, 2008

Persaraan Seorang Perjuang Muda kita


GSSU suram hari ini dengan pemergian seorang perjuang muda kita yang berjiwa pelajar. Tetapi GSSU tetap mengizinkan pemergian perjuang ini kerana menghormati keputusan beliau. Beliau merupa sorang perjuang yang sanggup berkorban apa sahaja demi pelajar. Mungkin dia pergi dengan sebab tersendiri. Apa sekali pun, GSSU akan tetap menyokong anda saudara Rapel. Perjuangan anda belum tamat sebenarnya, GSSU perlukan seorang perjuang seperti anda yang berjiwa remaja untuk menjadi medium suara pelajar. Masih ingat lagi apa yang anda memberitahu sahabat-sahabat yang lain? Perjuangan GSSU untuk pelajar, dan anda sanggup menjadi tonggak utama untuk suarakan hak pelajar. Apa sekali pun, pemergian anda amatlah dirasai.

Apa sekali pun GSSU harus diteruskan agar suara pelajar didengar. Mengutarakan Suara Siswa! Hidup mahasiswa!!!!!!!

p/s: Rapel, GSSU menanti anda kembali untuk menyarung jersi perjuang kita. Anda penyerang. Satu pasukan bola mana boleh kehilangan seorang penyerang berbisa.. Baliklah sahabat Rapel kita!!

Tuesday, November 11, 2008

Perjuangan bermula

Hari Jumaat ni bermula lah member2 GSSU kita bergelar perjuang.. Harap2 perjuangan kita berjaya.. Bersatu padu membina UNIMAS gemilang kita menjadi semakin perihatin terhadap kebajikan pelajar.. Selamat Maju Jaya GSSU....

Perjuang Desa Ilmu

Wednesday, November 5, 2008

Boikot pilihan raya kampus??


Petikan dipetik daripada:

http://www.harakahdaily.net/index.php?

option=com_content&task=view&id=017713&Itemid=111



Boikot pilihan raya kampus akan datang

Ahmad Albab At-Tabani
Tue | Nov 04, 08 | 10:49:04 am MYT

Bacalah di mana-mana media massa, tontonlah di mana-mana media elektronik dan layarilah di mana-mana laman web, anda tidak akan bertemu statistik yang mencatatkan berapakah jumlah dan peratus pengundi yang keluar semasa pilihan raya kampus (PRK) baru-baru ini.






Bermula dengan diatur konspirasi sulit, tarikh PRK dirahsiakan, buat PRK senyap-senyap, PRK diadakan tidak serentak, dan terkini statistik jumlah pengundi PRK pula cuba ditutup rapat.

Apa yang ditanam itulah yang dituai!

Buat pertama kali dalam sejarah PRK, penurunan mendadak pengundi PRK begitu mengejutkan. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron (Menterinya, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sibuk berkempen Naib Presiden Umno) terkedu dan terkejut besar apabila menyaksikan majoriti mahasiswa bertindak tidak keluar mengundi. Cepat-cepat arahan dikeluarkan supaya keputusan PRK tidak didedahkan media.

Saya menyerahkan kepada pembaca untuk menilai apakah sebab-sebab berlaku �boikot� mendadak ini. Mungkin Harakah boleh buat undian terbuka dengan menyenaraikan sebab-sebab kemerosotan keluar mengundi PRK seperti berikut:

1. KPT merahsiakan tarikh PRK

2. Mahasiswa muak dan jelak dengan campurtangan berlebihan KPT

3. Calon-calon yang bertanding tidak ada kelayakan (Aspirasi)

4. SPR (baca HEP) bersekongkol dengan Aspirasi semasa PRK

5. Protes senyap daripada mahasiswa kepada KPT dan HEP Bayangkan, di Universiti Malaysia Trengganu dan Universiti Teknikal Melaka jumlah yang keluar mengundi kurang daripada lima puluh peratus. Begitu juga dengan IPTA lain jumlahnya jauh berkurangan berbanding PRK tahun-tahun yang lalu. Sejarah PRK mencatatkan, inilah pencapaian terburuk semenjak KPT ditubuhkan.

Mahasiswa lawan KPT

Mahasiswa sebenarnya merasa hairan dengan kebimbangan dan ketakutan berlebihan dan tidak berasas KPT semasa mengendali PRK baru-baru ini.

Konspirasi sulit, tindakan kelam kabut dan tidak seimbangnya mentaliti pentadbiran KPT, TTNC dan Mat Hussin (think tank) menggambarkan betapa lemahnya KPT.

Situasi ini secara tidak langsung akan dapat mendedahkan satu rahsia besar kepada warga kampus bagaimana untuk menumbangkan KPT yang seringkali menzalimi mahasiswa.

Diulangi, untuk tumbangkan KPT dan bukan lagi Aspirasi.

Sudah sampai masanya mahasiswa menghalakan 'peluru' mereka kepada KPT. Lawan mahasiswa kini bukan lagi badut-badut seperti Aspirasi. Dengan tumbangnya KPT barulah perubahan besar bakal menyusul di IPTA.

Sebenarnya Aspirasi cuma fatamorgana yang tidak penting langsung dalam catatan perjuangan membawa perubahan di IPTA. Aspirasi adalah maskot KPT semata. Usah dilayan! Jika Aspirasi gilakan sangat jawatan MPP, campakkan saja kepada mereka.

Penilaian semula

Renung-renungkanlah, memang diakui warga kampus yang promahasiswa pernah menang di beberapa IPTA di Lembah Klang seperti UM, UKM, dan UIAM. Tumpuan selama ini lebih ditumpukan kepada bagaimana hendak mengalahkan calon Aspirasi.

Soalnya, apakah setelah kemenangan itu, berlaku satu 'perubahan besar' yang diidam-idamkan? Atau mahasiswa masih bermain dengan lagu-lagu lama iaitu dipermainkan dan terus diperkotak-katikkan oleh KPT?

Jika kuasa MPP yang hendak dijadikan rebutan dan ukuran, ternyata Kelab dan Persatuan di IPTA tidak kurang kuasa dan pengaruh dalam menghasilkan program yang 'hi impact' kepada warga kampus. Malah ahli jawatan kuasa kelab dan persatuan lebih merasa santai dan bebas berbanding MPP yang bakal dijerut dan kongkong KPT.

Perjuangan ke arah 'perubahan jangka panjang' wajar diberi keutamaan oleh mahasiswa dan perubahan yang paling utama yang mesti diutamakan ialah perubahan minda seluruh mahasiswa.

Perubahan seperti ini memerlukan usaha kuat yang bakal menghasilkan peristiwa besar di alam kampus.

Pun begitu, ianya tidaklah sebesar pengorbanan mahasiswa di Universitas Indonesia yang mengorbankan beberapa jiwa di Dataran Reformasi lewat tumbangnya Suharto.

Oleh kerana itu satu penilaian semula wajar dihasilkan supaya perjuangan mahasiswa lebih terarah dan aulawiyyat atau keutamaan kerja dapat ditentukan.

Bom jangka minda

Hari ini mahasiswa perlu memikirkan satu perubahan besar terutama perubahan pemikiran dan keberanian bertindak 'di luar kotak' perlu dihasilkan. Mengapa masih belum ada yang berani mencuba satu gerakan yang tersusun ke arah proses perubahan minda mahasiswa di negara kita ini?

Jika ada yang bertanya "Apakah bom yang bakal merubah minda mahasiswa dan bakal meletupkan KPT?"

Bagi saya jawapannya tidak lain dan tidak bukan: "BOIKOT PRK SELURUH IPTA Januari 2009 nanti"!

Cadangan ini bukan diutarakan secara melulu dan emosi semata. Saya akan kemukakan sebab-sebab yang berasas.

Apalah yang hendak digusarkan. PRK diadakan setahun sekali. Bukan lima tahun sekali. Ruang percubaan terbuka luas!

Perubahan serentak dan menyeluruh mudah menampakkan hasilnya. Tidak perlu lagi memilih-milih IPTA tertentu untuk bertempur dengan Aspirasi. Bagi saya strategi begitu akan memberi pengiktirafan kepada KPT bahawa masih wujud 'demokrasi' di kampus secara berterusan. Hakikatnya, demokrasi sudah hancur di IPTA!

Haruan makan anak

Percayalah, Boikot serentak inilah yang paling menakutkan Idris dan Khaled! Senario PRK baru-baru ini pun sudah cukup membuatkan mereka gelabah. Malah ianya satu percubaan yang hampir berjaya. Hanya media yang berjaya menutupnya.

Bayangkan dalam situasi mahasiswa bersangka baik kepada KPT untuk mengendalikan PRK secara adil, KPT dan HEP pula menjelmakan diri mereka seumpama haruan yang mengintai-ngintai anaknya yang sedang enak dibuai mimpi. Untuk apa diintai-intai dan diterkam anak sendiri yang sudah barang tentu tidak mampu melawan?

Akhirnya mahasiswa semakin jelak dan mual dengan campurtangan berlebihan KPT lalu bertindak sendirian. Bayangkan tanpa satu gerakan terancang mahasiswa telah berjaya menunjukkan protes senyap mereka kepada KPT. Pun siapa sangka warga kampus yang Pro-Mahasiswa mampu meraih kemenangan di UPSI?

Arus perubahan serentak PRK dan PRU

Saya menyorot PRK kali ini saling tak tumpah seperti Pilihan Raya Umum yang lalu. Siapa sangka lima negeri tumbang dan menjadi milik Pakatan Rakyat? Semua parti pembangkang mengakui memang tidak ada usaha terancang, harapan untuk kekal memerintah hanya di Kelantan. Semua maklum, apa yang berlaku di luar dugaan semua pihak.

Bezanya PRK, mahasiswa tanpa kuasa di tangan, bertindak 'menyerang' KPT dengan tidak keluar mengundi. Serangan sebegitu pun sudah memadai. Begitulah tindak balas yang sewajarnya dari mahasiswa apabila tekanan melampau daripada KPT dan HEP. Ianya sudah cukup mengaibkan mereka!

Pilihan untuk berubah

Warga kampus amat beryakinan, PRK yang bakal diadakan di IPTA Lembah Klang pada Januari 2009 akan menyaksikan satu perubahan besar ke atas kebangkitan mahasiswa mutakhir ini. Mahasiswa mula buka mata dan suara hati mereka mula berkata

"Kalaulah IPTA yang setahun jagung pun mula berani menunjukkan protes secara senyap kepada KPT, apakah kita abang-abang dan kakak-kakak yang jauh berpengalaman tidak berani membuat sesuatu di luar dugaan semasa PRK nanti?"

Pada pengamatan saya, mahasiswa di IPTA Lembah Klang hanya punya dua pilihan dalam menghadapi PRK Januari 2009!

Pertama Boikot besar-besaran!

Kedua Boikot besar-besaran!

Bukan tersilap tulis, memang anjurannya ialah BOIKOT BESAR-BESARAN SELURUH IPTA!

Wahai anak-anak muda, memilih salah satu dari dua pilihan di atas adalah KEMENANGAN untuk anda semua! Kerana kedua-dua pilihan itu bakal menyedarkan:

1. Menyedarkan Kementerian Pengajian Tinggi: MAHASISWA sebenarnya punya kuasa dan pengaruh besar di IPTA!

2. Menyedarkan MAHASISWA: Sebenarnya MAHASISWA punya kuasa dan pengaruh yang besar di IPTA bukan KPT dan HEP! Andaian mudahnya, "Kalau semua mahasiswa tidak masuk kelas, pensyarah nak ajar siapa?" - lanh _




(sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?

option=com_content&task=view&id=017713&Itemid=111)



:: satu lagi maklumat tambahan, pro-mahasiswa menang besar di UNIMAS

Monday, November 3, 2008

Tahniah Prof. Dr. Spencer Empanding Sanggin Selaku Dekan Fakulti Sains Sosial yang Baru.

GSSU Mengucapkan;


Tahniah Prof. Dr. Spencer Empanding Sanggin Selaku Dekan Fakulti Sains Sosial yang Baru.

Selamat Berkhidmat dan Semoga Kebajikan Pelajar FSS Terbela dengan Adanya Beliau.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Butiran Beliau:

Assoc. Prof. Dr. Spencer Empading Sanggin

Ph.D (North Carolina) 93
M.Sc (Iowa) 85
B.Sc (UPM) 81

Planning and Management, Education


Department Head
(Development Studies)


Email : spencer@fss.unimas.my
Phone No.(Office): 082-582224
Room No. : Ex FSKPM Building

Sumber Gambar dan Biodata Beliau
(Sumber: http://www.fss.unimas.my/index.php?option=com_content&task=view&id=
82&Itemid=46)

Sunday, November 2, 2008

Apa itu GSSU

GSSU ialah singkatan untuk Gereakan Suara Siswa Unimas. Ini merupakan satu aktiviti menyuarakan suara mahasiswa. Untuk pengetahuan ramai, GSSU bukannya pertubuhan yang beroentasikan mana2 parti politik atau NGO. GSSU bergerak untuk kebajikan pelajar dan bertujuan untuk kjebaikan pelajar. Jika pelajar ada masalah, jangan segan silu memberitahu GSSU. GSSU akan cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar untuk menyesaikan masalah yang timbul. Sekian.....

Kenyataan Salah sorang bekas MPP UNIMAS di blog Pro-M USM

Sumber: http://promahasiswausm.wordpress.com/2008/10/25/kita-timun-mereka-durian/

Encik Nikk
, on October 25th, 2008 at 2:21 pm Said:

Salam..

Nape ProM usm xde yg non malay ek.. Sekadar terfikir..



Encik Nikk, on October 27th, 2008 at 9:57 pm Said:

Salam..
jiwa PROM..
Saya bertanya je lah, nape kamu guna bahasa kasar? Saya bukannya Aspirasi pun. Kamu tu yg sengal kot, Pro-M ejaannya, bukan PROM. PROM tu majlis tari menari. Baik kamu amik MUET balik. Mesti MUET kamu tak lepas Band 3.

siti rogayah
Hm ok ok saya terlepas pandang kot coz baru 1st time tengok blog ni. So tengok gambar MPP kat tepi tu je. Kat Unimas takde Pro-M, kecuali baru2 ni ada barisan yg namakan diri mereka ‘Suara Siswa’ tetapi ada gak org cakap mereka Pro-M. So kalau ye pun dorg Pro-M, benda tu baru la kat kampus kitorg.

remaja
oh, ok. thank you for the info..


Encik Nikk, on October 29th, 2008 at 4:13 am Said:

jiwa PROM

Bukan apa, saya kurang selesa tiba2 je dapat respon mcm tu dr seorang penyokong Pro-M. Sebab saya mana la tau menda Pro-M ni coz kat Unimas xda. Maybe silap saya gak la coz menyebabkan salah faham, coz saya bukan bertanya dgn intonasi marah atau menhina. Cuma sekadar bertanya. Pe2 pun, saya pun mohon maaf gak. Kalau nak belajar English boleh gak hihi.. Nak Arab pun saya leh ajar. Tatakallam billughatul ‘arabiyah. Hihi..


Tahniah NIKK sebab sudah bersara dari berkhidmat DUA tahun dalam MPP UNIMAS. Selamat maju jaya...

Penipu

Sumber:
http://fatekma.uthm.edu.my/forum/viewtopic.php?t=217&sid=8101b2b38226d51e9e04fbb7924d89b0


Oleh THOMAS CHONG

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kumpulan proaspirasi mengulangi kejayaan besar hampir di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila berjaya mencapai kemenangan mutlak dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2007/2008.

Pilihan raya kampus yang diadakan secara serentak di seluruh negara itu bagaimanapun menyaksikan kumpulan proaspirasi tumpas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Paling mencuri tumpuan pada pilihan raya kali ini ialah di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UIAM yang menyaksikan persaingan sengit antara calon proaspirasi dan propembangkang.

Luar biasanya, pilihan raya kampus di UM tahun ini telah dicemari dengan dakwaan kemunculan ‘pengundi hantu’ di pusat pengundian Kolej Ke-12 di situ.

Utusan Malaysia difahamkan ‘pengundi hantu’ itu terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga pelajar Pusat Asasi Sains yang tidak layak mengundi.

Keadaan itu juga menyebabkan satu ‘pilihan raya kecil’ terpaksa diadakan di kolej kediaman itu. Keputusan penuh mengenainya dijangka akan diketahui esok.

Di UIAM, Koordinator Gerakan Pro-Mahasiswa, Meor Affandi Meor Abd. Aziz mendakwa calon propembangkang memenangi sekurang-kurangnya 18 kerusi daripada 27 yang dipertandingkan.

Kenyataan tersebut bagaimanapun ditolak penyokong proaspirasi yang mendakwa calon mereka telah memenangi tujuh kerusi di kampus Gombak dan bukannya dua kerusi seperti yang didakwa kumpulan propembangkang.

Kekeliruan itu timbul dipercayai disebabkan wujud calon yang menggelar diri mereka sebagai calon berkecuali.

Ramalan awal yang mengatakan akan wujud persaingan sengit antara dua kumpulan itu di UKM bagaimanapun berakhir dengan kemenangan mudah kumpulan proaspirasi yang memenangi 30 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan.

Di UPM, kumpulan proaspirasi mengekalkan pengaruhnya di kalangan mahasiswa apabila propembangkang sekadar menang enam daripada 48 kerusi.

Kumpulan propembangkang UPM bertanding semula tahun ini selepas memboikot pilihan raya kampus tahun lepas.

Sementara itu, MPP Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi dikuasai proaspirasi selepas calon kumpulan itu memenangi 37 kerusi daripada 45 kerusi.

Keadaan sama juga berlaku di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) apabila proaspirasinya mencapai kemenangan di 18 kerusi tetapi tewas dua kerusi.

Calon proaspirasi terus menguasai MPP di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Turut dikuasai proaspirasi ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UMP).
_________________
:: rilex ajer ::