Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan..


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. kepada sesiapa yang mengenali ribuan ampun...

salam lebaran daripada warga kerja GSSU untuk semua muslimin dan muslimat.

wasalam

Friday, August 21, 2009

faizal tahir in UNIMAS-

Setelah 2 tahun pesta konvo sepi kerana tiada penangan daripada kehadiran artis. Akhirnya tahun ini gegak gempita Unimas dengan kehadiran Faizal tahir.

Kenapa 2 tahun tiada artis. jawapannya mudah saja.. bajet kewangan tiada pada masa itu. kerana apa? duit telah dibelanjakan untuk perkara2 lain yang melibatkan staf unimas

tp thanks tahun ni ada juga artis datang.. thanks to MPP gak yang 'bebas' @ PRO-M ini yang berusaha untuk membawa kepada kemeriahan pesta konvo..

video

Tuesday, August 18, 2009

Isu lapuk sekadar untuk di review

Salam.

terdengar juga isu pelajar tahun 1 yang dulunya timbul daripada program 4 tahun jadi 3 tahun, Apa cerita sekarang ek>>

Mungkin pelajar tahun 1 tidak mengetahui isu ini kerana mereka masih fresh lagi dalam dunia UNIMAS. So kalau ada junior 1st year yang membaca ini. Dengar sini baik-baik..

1) anda di susunkan jadual memang canteik.. tp macam mana pun pelajar ini tetap akan extend sebab apa? Senggang dan soft skill. Dengan jam kredit lagi yang sepatutnya 4 tahun dipendekkan kepada 3 tahun..
Pack sungguh jadual u All..

itulah yang dihadapi oleh pelajar tahun 2 sekarang. Tp mungkin mereka sudah sebati untuk extend sebab itu tiada isu ini dibawa dan dibincangkan lagi.

Selain itu, mungkin isu ini biasa bagi pelajar2 tahun 2. Cabaran yang patut dihadapi semua.

Isu ini sepatutnya SIAPA yang patut selesaikan? MPP>?

Sejauh mana kepercayaan kita pada MPP?

Isu ini pun di bawa kepada pihak Kementerian pengajian tinggi. tapi hasilnya?

Semua masih blur. So maklumat ini yang KAMI cuba sampaikan.

sepatutnya MPP iaitu wakil pelajar, membawa MASALAH ini kepada pihak Kementerian untuk menyelesaikan MASALAH dan Bukannya MEminta PAndangan pihak kementerian. MASALAH ini boleh diselesaikan kalau MPP kita bawa isu ini untuk diselesaikan.. Kumpulkan YDP seluruh Malaysia duduk berbincang, hantar memorandum atau petisyen kepada Kemeneterian untuk MENYELESAIKAN MASALAH. Mungkin isu ini dapat diselesaikan.


Saya selaku penulis sangat bertanggungjawab keatas apa yang saya tulis.

Sekian., kalau anda membaca isu ini, sebar2kan ye kepada junior2.. Andalah yang akan menghadapi masa depan yang anda tentukan..

wasalam

Sunday, August 16, 2009

Tahniah buat Pesara Rapelson



Selesai sudah hari graduasi untuk mahasiswa unimas.
Rapelson merupakan pencetus kewujudan GSSU atas kesedaran beliau untuk menyatukan siswa-siswi untuk berani bersuara.

Kenapa beliau seorang OKU mempunyai keberanian untuk bersuara dan berpikiran terbuka, sedangkan kita yang sempurna tidak berani untuk bersuara untuk hak kita.

Tahniah buat rapelson yang banyak memberi impak kepada OKU yang lain antaranya menyebabkan pelbagai kemudahan di sediakan untuk oku antaranya laluan kerusi roda.

Beliau merupakan oku di FAkulti Sains Sosial yang sememangnya sedia maklum agak sukar untuk lulus, namun beliau berjaya bergraduasi..

semasa ingin ditemuramah oleh wartawan beliau melarikan diri kerana beliau tidak mahu menonjolkan diri beliau.. Sedarkah kita beliau oku tidak mendapat keistimewaan langsung.

Selain itu, Wang bantuan untuk OKU yang di berikan oleh JKm pun lambat diperolehi dan Untuk semester pertama beliau, langsung tidak diterima sedangkan menurut JKM wang tersebut telah dihantar ke UNIMAS. Maka.. Anda pikirlah sendiri. itulah kebanggaan kita di UNIMAS

-Tahniah buat saudara Rapelson daripada GSSU-


Saturday, August 8, 2009

Pilihanraya Kampus akan datang- jangan leka

Salam perpaduan buat semua.
diharapka pilihanraya akan datang menjadi peluang pelajar baru tahu untuk memimpin dan dipimpin. Jangan dek kerana mengejar sijil dan nama maka mengambil peluang menjadi MPP.

Mahasiswa yang lain diharapkan turun mengundi beramai-ramai pada pilihanraya akan datang.
Manakala jentera yang sedia ada diharap telah bersedia walaupun kesibukan dengan aktiviti kuliah, namun jangan sampai terlupa untuk pilihanraya akan datang.

Kebanyakan calon MPP adalah daripada L.O yang bertugas untk MAP. Namun kita GSSU akan berusaha untuk mencari calon yang bukan daripada L.O.

kerana masih ada calon yang terbaik di luar sana yang mampu untuk memimpin, mengetuai organisasi dan berani bersuara.

untuk makluman semua, sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat tentang pilihanraya anda boleh email kepada kami..

anda calonkan rakan anda yang berani bersuara.

dan alhamdulillah perkembangan sedia ada bahawa kawasan timur akan kami cuba untuk menang lagi,

MAnakala kawasan barat iaitu fakulti yang ramai pelajar, juga terdapat bakal calon fakulti tersebut sedang bercelaru untuk bertanding. dan atas nasihat dan dorongan beliau akan membuat keputusan selepas konvo, samada bertanding atauu tidak.

Sama-sama kita doakan supaya beliau bertanding di pihak kita. GSSU selamanya.

Friday, August 7, 2009

Pemergian sahabat UNIMAS kita

Salam ziarah dan salam ikhlas..

Seorang sahabat kita yang akan bergraduasi tidak lama lagi telah kembali kerahmatullah. Atas sebab kemalangan jalanraya. Seorang lagi insan yang telah belajar dan menabur bakti kembali kepada NYA. Semoga Roh dicucuri rahmat.

Saya memohon kita sama-sama memberi sedekah Al-Fatihah buat



Farizul Aziz (1985-2009)

semoga roh beliau bersama orang-orang yang beriman

Daripada Nya kita datang kepadanya kita kembali.

Al-Fatihah