Salam Perpaduan,
Pembaca yang budiman, GSSU kembali semula, melangkah setapak kehadapan.
Penstrukturan semula bermaksud menstruktur semula pentadbiran dan pengurusan group.
Pembahagian tugas masing-masing agar ahli gssu komitmen dalam menjalankan tugas, sebagai mahasiswa dan ahli gssu.
Gssu akan meneruskan usaha menyebarkan maklumat berkaitan pelajar.
ahli gssu dan MT tertinggi sepakat untuk "menjadi kutukan staff tetapi berkhidmat untuk pelajar"- keutamaan kami adalah pelajar.
walaupun pelajar itu rasa takut, gssu diajar agar tidak pernah takut kepada staf.
buat MPP 08/09.
saya sebagai pelajar Politik dan Pemerintahan, ingin agar manifesto anda yang menang ditunaikan:
Pelajar2 lain mungkin tidak tahu tentang manifesto calon bertanding,.
dan mengganggap manifesto sebagai janji kosong. maka, saya merayu agar YDP, NYDP, S.U Agung dan Bendahari Kehormat. Menunaikan Janji Manifesto.
Antara janji yang pernah saya dengar semasa berkempen :
1) Wang denda lewat pendaftaran RM 50 akan di hapuskan.
2) Repeat Paper akan dimansuhkan
Maka, Tolong tunaikan yang 2 ini dulu.
Sekiranya tidak dapat ditunaikan, Atas alasan dan sebab apa perlu diperjelaskan.
Namun harus diingat, itu adalah Manifesto, MESTI di tunaikan. Walaupun TNC kesayangan MPP tidak luluskan. Anda kena bertindak supaya diluluskan. Suara Pelajar lebih kuat dari suara pentadbiran.
Ingat perjuangan! untuk pelajar. bukan BARUA atau balaci Pentadbiran.
Namun, Alhamdulilah, kebajikan pelajar sedikit demi sedikit di jaga oleh exco kebajikan,
terima kasih
wasalam
GSSU juga wadah atau alat menyampaikan maklumat.
Kenyataan YDP MPP UNIMAS pada 02/20/09 10:45 AM
15 years ago
No comments:
Post a Comment