Saturday, January 31, 2009

apa itu GSSU?


ramai kawan2 and sahabat2 ku bertanya, apa itu GSSU?, apa kelebihan pada GSSU? Kena buang U ke join GSSU? semua ada.. ni nak terangkan ni.. selebihnya.. fikir2kanlah..

G.S.S.U membawa maksud?

Gerakan Suara Siswa (Unimas- bermaksud semua pelajar unimas bergerak dan bersuara di bawah satu panji bergelar GSSU. (tak kire ar sapa, asalkan ada kad matrik, dan bekas student UNIMAS),

1) Gerakan Sabah Sarawak Unite – iaitu gabungan suara “Sabahan dan Student Sarawak”. Sesiapa yang merasa orang Sabah dan Sarawak, joinlah GSSU.

Sila Hubungi: ajen Don-

2) Gabungan Suara-Suara Utara- Siswa-siswi dari Utara terdiri daripada Perlis, Perak, Penang, dan Kedah. (Sesiapa volunteer untuk Lead Suara-suara Utara sila hubungi:
Setiausaha GSSU.

3) Gerakan Southern Student Unimas- Untuk Anak-anak Johor, Melaka,Selangor dan Negeri Sembilan
Dibawah seliaan Rasyid, Firdaus XPDC dan Fahami(ex- Presiden Takraw)-
- (ajen Syam)

4)Untuk Mahasiswa Pahang, Terengganu, Kelantan pun tergolong dalam GSSU. Sama2 bersatu.
Sesiapa volunteer untuk lead Anak Pantai Timur juga digalakkan.

Gerakan dan Gabungan ini akan Berjaya sekiranya semua siswa memberikan kerjasama dan di bawah satu bumbung. Kelebihan kita bersatu adalah semua suara siswa akan menjadi kuat. Apa yang kita inginkan kita boleh suarakan.

Dari segi sosial, kita akan adakan pertandingan untuk mewakili semua negeri. Seperti futsal, bola jaring, takraw, ping-pong, basketball, peringkat “negeri” tertutup UNIMAS.

kita bukan nak wujudkan persatuan tetapi hanya bersama dan bersatu. kalo ada support GSSU, memang meletup. Staf pun jadi takut..

sebarang pertanyaan: S.U (013-5610945)

Thursday, January 29, 2009

10 Perkara yang perlu kita tahu tentang UNIMAStaf

1) Rm 691.00 yuran sama banyak tetapi infrastruktur belajar sama? Tengok Antara barat dan timur. Dari segi kemudahan dan infrastruktur. Setuju?

2) Yuran kolej sama banyak tapi tengok kolej seroja dan kolej bunga raya, adakah sama banyak kemudahan dan kelengkapan? Setuju?

3) Karnival sukan air untuk siapa? Staf? Diteruskan dan dijalankan sedangkan Sukan inter-colege untuk student ditunda. WTF? Jom Boikot inter kolej coz inter-colege anjuran staf@unit sukan.. Setuju?

4) Parking tempat letak kereta majoriti untuk staf, sedangkan pelajar yang bayar yuran parking jauh sangat2. Setuju?

5) Program-program dan aktiviti student yang nak dijalankan takde duit, tapi untuk staf ada duit. ( sebab tue, kelab2 dan persatuan xdapat nak wat aktiviti FREE ke Sabah ke Indonesia ke.. tp staf kalo wat aktiviti ke JERMAN pun free je. Setuju?

6) Pelajar yang tinggal di luar kampus pun bayar untuk perkhidmatan bas.. tp tak guna pun perkhidmatan? Blh macam tue../ Setuju?

7) Buku Patrick Yeoh B.I di wajibkan, sebabnya buku tue kan tulisan staf.. terang2 kita da bayar yuran untuk menduduki paper tue. Apa pasal buku ni pun WAJIB beli untuk syarat memasuki kelas B.I tue. LOGIK? Keuntungan staf la katakan.. ada ke student yang fight? Xda n Xberani or Xtau.. Setuju? Ada bukti k..

8) Setiap café mesti menyediakan televisyen oleh pemilik café tersebut. Kat cempaka ada? Kat kenanga? Kat Lake View?

9) Kenderaan staf ada ke yang kena saman? Kalo kenderaan student salah kecik pun kena saman. (Jangan salahkan guard. Guard hanya menjalankan tugas, atas arahan pihak atasan). Pihak atasan yang patut bertanggungjawab. Setuju?

10) *Wakil kita MPP yang terdahulu terlupa menjalankan tugas mereka. Kita kena maafkanlah tue pun sebenarnya pentadbiran yang wat. Diorang tak tau pape.. kita maafkanlah ye.. ex MPP yang gila2 kuasa, nak jatuh2kan YDP sebelum ni pun, ingat2lah, ur time is running out. Cukup2lah tue.. TOLONG2LAH pelajar, bukan jd tali barut pentadbiran and kejar keuntungan je. Setuju?

*(ex-MPP yang nak perbetulkan kesilapan penulis dipersilakan, yang no 10 tu statement daripada EX-YDP yang terdahulu sebelum Haliq lagi).

Wednesday, January 28, 2009

kuatkan semangat pelajar, menentang kekuasaan staf..

salam.

hari ni nak bercerita soal unimas dan staf. sebagai mahasiswa di unimas, kita membayar yuran untuk kegunaan pelajar, aktiviti pelajar, dan kemudahan pelajar. namun, bayangkan sukan karnival air untuk staf? sukan inter-college di tunda.
ni ar namanya pengorbanan pelajar unimas. unimas gah kerana staf.. aktiviti kelab semua bajet tersekat. apa nak jadi. program semua dalam unimas je. mana ada pelajar yang nak join. tu yang ramai g berkelah sesama sendiri, guna duit sendiri.. enjoy pun enjoy.

untuk menentang ketidakadilan terhadap staf ni, pelajar perlu bersatu. percaya pada wakil kita.. Siapa wakil kita? MPP? MPP pun da berjaya di anaktirikan oleh HEP. betapa hebat pentadbiran UNIMAs lakukan sampai MPP yang merupakan wakil kita menyuarakan hak kita menjadi bisu dan tidak dipercayai.

tanyalah student unimas, percaya kat MPP? ramai dan majoriti hilang kepercayaan kepada MPP.

sebenarnya, apabila kita hilang kepercayaan pada MPP, berjayalah pihak pentadbiran memanipulasi pelajar. akhirnya kita juga menjadi mangsa. JANGAN hilang kepercayaan pada MPP. yang dulu kita maafkan, yang baru kita sokong!!

fikir2kan lah,,

kali ni xda skema2.. radikal skit. we must unite. PERCAYA pada MPP baru yang pro-student. dan pilihan atas dasar kawan tolong kawan!..

we stand together..

wasalam..

Sunday, January 18, 2009

Adakah GSSU menyalahi undang-undang Unimas?


Salam perpaduan.

Pembaca budiman, ini hanyalah blog, sama seperti blog2 lain di dunia.
tempat kita sama2 meluahkan perasaan, memberikan idea ke arah menggemilangkan UNIMAS.

Lagu UNIMAS Gemilang, bergema, sejauhmanakah kegemilangan unimas? dari segi insfrakstruktur bangunan mungkin gemilang. dari segi akademik? mahasiswa? dan graduan yang bakal melangkah ke alam pekerjaan?
gemilang kah mereka?

Apa patut kita lakukan? perubahan mentaliti. dan jangan bertindak selepas diarahkan, sebaliknya bertindak sebelum diarahkan.

GSSU sendiri hasil gabungan idea2 bekas2 presiden kelab, presiden kelab, JPK2 kolej, MT Persatuan Fakulti, dan Pemimpin2 etnik masing-masing. Begitu kuat GSSU dibalik tabir. Realitinya ahli dan supporter dari mahasiswa UNIMAS masih lemah dan kurang percaya kepada GSSU. jika anda ragu-ragu. Anda hanya perlu anggap bahawa GSSU tak ubah seperti Rancangan Melodi- TERJAH. Kita terjah Staf UNIMAS.

Namun, kerana prejudis dan perasaan takut, seorang demi seorang pemimpin GSSU berundur. Perjuangan asal dilaungkan hanya sementara.
Itu yang akan diperbaiki, masa ke masa.

Wasalam.

Penstrukturan semula GSSU

Salam Perpaduan,


Pembaca yang budiman, GSSU kembali semula, melangkah setapak kehadapan.
Penstrukturan semula bermaksud menstruktur semula pentadbiran dan pengurusan group.
Pembahagian tugas masing-masing agar ahli gssu komitmen dalam menjalankan tugas, sebagai mahasiswa dan ahli gssu.
Gssu akan meneruskan usaha menyebarkan maklumat berkaitan pelajar.
ahli gssu dan MT tertinggi sepakat untuk "menjadi kutukan staff tetapi berkhidmat untuk pelajar"- keutamaan kami adalah pelajar.
walaupun pelajar itu rasa takut, gssu diajar agar tidak pernah takut kepada staf.

buat MPP 08/09.

saya sebagai pelajar Politik dan Pemerintahan, ingin agar manifesto anda yang menang ditunaikan:

Pelajar2 lain mungkin tidak tahu tentang manifesto calon bertanding,.
dan mengganggap manifesto sebagai janji kosong. maka, saya merayu agar YDP, NYDP, S.U Agung dan Bendahari Kehormat. Menunaikan Janji Manifesto.

Antara janji yang pernah saya dengar semasa berkempen :
1) Wang denda lewat pendaftaran RM 50 akan di hapuskan.
2) Repeat Paper akan dimansuhkan

Maka, Tolong tunaikan yang 2 ini dulu.

Sekiranya tidak dapat ditunaikan, Atas alasan dan sebab apa perlu diperjelaskan.
Namun harus diingat, itu adalah Manifesto, MESTI di tunaikan. Walaupun TNC kesayangan MPP tidak luluskan. Anda kena bertindak supaya diluluskan. Suara Pelajar lebih kuat dari suara pentadbiran.
Ingat perjuangan! untuk pelajar. bukan BARUA atau balaci Pentadbiran.

Namun, Alhamdulilah, kebajikan pelajar sedikit demi sedikit di jaga oleh exco kebajikan,
terima kasih

wasalam

GSSU juga wadah atau alat menyampaikan maklumat.

Tuesday, January 13, 2009

Jemputan Ke Majlis Doa Selamat


Salam Perpaduan,

kami menjemput ahli gssu untuk hadir majlis bacaan yasin di kediaman kami

pada 15 januari 2009
selepas magrib jam 6.50pm
bertempat : di Kolej Kenanga 2, desa ilmu, blok N, tingkat 1

datanglah beramai-ramai.

majlis keramaian, untuk sesama kita.

wasalam.

isu-isu yang tiada noktah.

salam perpaduan.

isu2 lapuk sering dan selalu berkumandang. apa penyelesaian?

tunggu dan lihat biasa dijadikan alasan ..

maka, GSSU mengamalkan cara yang mudah dan berkesan. Insyallah.

tindakan dan perkara akan dilakukan dan telah dilakukan oleh GSSU sendiri secara diplomasi dan senyap.

komplen, dan terus komplen? siapa dengar? MPP? maybe MPP sekarang blh mendengar. tapi sejauh mana mereka mampu mendengar dan melakukan kerja.
12 orang MPP nak selesaikan isu-isu berbangkit yang banyak. tak menang tangan mereka.
so cara nya, pelajar berani ke hadapan. kalau nampak kesilapan dan kesalahan depan mata tegur dan persoalkan.

jangan simpan2.

itu yang saya dan "leader" GSSU lakukan di cafe Cempaka.
bertemu Sulaiman Ent. berbincang soal kafe. soal variety produk, kualiti makanan, kebersihan dan harga. Pemilik cafe tersebut juga menyuarakan perasaan agak kecewa kerana jualan semakin berkurangan. so berlaku perbincangan. alhamdulilah pihak cafe akan pertimbangkan cadangan kami. tindakan seterusnya kita serahkan kepada pihak pengurus cafe tersebut kerana mereka berniaga, customer is always right. kalau tiada perubahan, kita makan di cafe tasik.

di cafe lake view, kami bertemu pemilik mahsuri. perkara yang sama. so far, sekarang, kepelbagaian lauk dapat dilihat di cafe tersebut dengan harga yang berpatutan.

Jalan di belakang cafe cempaka sudah diturap, mybe MPP exco kebajikan tensen mendengar kritikan dan aduan gssu maka tindakan diambil. beliau juga rakan kami yang rapat dan berusaha untuk pelajar. terimakasih MPP.

berani kerana benar. dan amalan diplomasi disemai..


wasalam.

"kearah kesepakatan dan keakraban mahasiswa UNIMAS"

Monday, January 12, 2009

pelajar UNIMAS kemalangan

salam perpaduan,

semalam sewaktu perjumpaan gssu dijalankan, kami mendapat maklumat bahawa ada pelajar unimas yang kemalangan di roundabot uitm.

kemalangan mengakibatkan kereta kancil QSJ milik pelajar berasal dari Kota Tinggi, johor remuk teruk. namun alhamdulillah pelajar tersebut terselamat.

semasa kejadian, staf unimas yang menaiki van berlambangkan logo unimas sempat berhenti dan melihat kejadian. apabila beliau mengetahui bahawa kemalangan melibatkan kereta pelajar. staf tersebut terus beredar.

Thanks staf, kerana tiada sifat kemanusiaan. kalau korang datang bukan naik kenderaan UNIMAS, kami tidak lah kisah sangat.. pengaduan seperti ini akan diajukan kepada pihak MPP dan TNC untuk tindakan lanjut.

wasalam.

perjumpaan ahli gssu

Salam perpaduan,

Pertemuan sahabat-sahabatku semalam sangat membanggakan, komitmen anda yang sanggup datang untuk membincangkan hal-hal berbangkit pelajar-pelajar sangat dipuji.

walaupun masing-masing sibuk dengan pembelajaran, namun time management amat lah penting sebagai mahasiswa.

Dalam pertemuan semalam, dapat dikenalpasti bahawa ahli gssu yang benar-benar tahu apa sebenarnya prjuangan gssu adalah seramai 20 orang. yang sanggup berkorban masa dan tenaga.

Sering di persoalkan dan di tanya oleh orang rmai.
Apa kelebihan GSSU? tiada kelebihan anda join gssu, gssu hanya menjaga kebajikan. orang-orang yang hanya mencari keuntungan dan kepentingan pribadi adalah dilarang untuk join gssu.
Dalam GSSU anda akan menjadi diri anda, anda tau apa yang patut anda lakukan, apa yang tidak patut anda lakukan. Dalam GSSU sering menasihtkan antara satu sama lain.

Salah seorang ahli GSSU mendapat Dean List, walaupun sibuk berkempen untuk PRK, dengan jawatan yang dipegang, tidak menjadi alasan untuk beliau brjaya. itulah hakikat bila kita membantu sesama kita, kejayaan yang dikecapi. resepi kejayaan juga dikongsi bersama ahli gssu yang lain. thanks my fren.

seterusnya,
dalam perbincangan juga menjurus kearah aktiviti yang akan dijalankan sesama kita.
tanpa sokongan orang ramai, kami tetap berusaha sesama kami, brgerak dan terus bergerak.

isu Israel juga dibincangkan, dan Demonstrasi akan dilaksanakan pada hari jumaat ini, di depan Hep.
lihatlah bahawa, tidak ramai mahasiswa unimas yang akan menyertai, kerana tiada kebaikan dan kelebihan pada mereka. serta perasaan takut menyuarakan suara menentang kezaliman. berbeza dalam GSSU dimana kita akan menjadi berani dan bersatu menentang kezaliman.

semangat perpaduan mahasiswa perlulah bermula sekarang.

wasalam.

Thursday, January 8, 2009

serangan Israel terhadap Gaza

salam perpaduan,

isu Palestin menjadi hangat semula selepas serangan bertali arus daripada pihak Zionis secara kejam ke atas bumi Gaza,

sebagai tanda rasa simpati sebagai manusia yang berperikemanusian, kita perlulah bersatu menentang kezaliman.

sebagai mahasiswa, pelbagai usaha boleh dilakukan sebagai tanda kita membenci Zionis Israel yang merupakan sekutu kuat Amerika.

antaranya memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat, serta menghantar memorandum bantahan kepada pihak kerajaan.

GSSU berharap agar MPP UNIMAS memberikan perhatian terhadap isu global ini, seperti membuat demonstrasi bantahan secara aman terhadap Israel dan Amerika Syarikat.

kita semua mahasiswa haruslah berani menentang kezaliman secara nyata.

wasalam..

anti-Israel.

Tuesday, January 6, 2009

Hasrat dengki dan dendam

salam perpaduan,

pembaca yang dihormati sekalian,

seorang ahli gssu yang dikatakan rapat dengan MPP baru telah di gertak atau di sound oleh pelajar yang tidak dikenali, yang tidak puas hati terhadap mpp yang baru.

ingin diingatkan disini, sekiranya anda pembaca tidak puashati dengan gssu atau pelajar yang memakai t-shirt gssu, sila bertemu sendiri dengan orang kuat GSSU seperti Rapelson Richard Hamit, Fadzely, Don, Syam, Fahami, Razuan, Rashid,
pelajar yang digertak tersebut juga hampir di tumbuk oleh orang yang berdendam dan dengki tersebut.

rasa tidak puashati tersebut di luahkan kepada pelajar yang tidak tahu menahu langsung tentang GSSU.


wasalam

"kearah kesepakatan dan keakraban mahasiswa UNIMAS"

Monday, January 5, 2009

mahasiswa unimas meninggal dunia

salam perpaduan,

akan diadakan kutipan kilat untuk mahasiswa unimas yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa cuti semester yang lepas. mahasiswa tersebut ialah saadiah abd aziz fakulti seni gunaan dan kreatif tahun 2.

semoga roh beliau dicucuri rahmat..

al fatihah.
"kearah kesepakatan dan keakraban mahasiswa UNIMAS"