Wednesday, November 19, 2008

Persaraan Seorang Perjuang Muda kita


GSSU suram hari ini dengan pemergian seorang perjuang muda kita yang berjiwa pelajar. Tetapi GSSU tetap mengizinkan pemergian perjuang ini kerana menghormati keputusan beliau. Beliau merupa sorang perjuang yang sanggup berkorban apa sahaja demi pelajar. Mungkin dia pergi dengan sebab tersendiri. Apa sekali pun, GSSU akan tetap menyokong anda saudara Rapel. Perjuangan anda belum tamat sebenarnya, GSSU perlukan seorang perjuang seperti anda yang berjiwa remaja untuk menjadi medium suara pelajar. Masih ingat lagi apa yang anda memberitahu sahabat-sahabat yang lain? Perjuangan GSSU untuk pelajar, dan anda sanggup menjadi tonggak utama untuk suarakan hak pelajar. Apa sekali pun, pemergian anda amatlah dirasai.

Apa sekali pun GSSU harus diteruskan agar suara pelajar didengar. Mengutarakan Suara Siswa! Hidup mahasiswa!!!!!!!

p/s: Rapel, GSSU menanti anda kembali untuk menyarung jersi perjuang kita. Anda penyerang. Satu pasukan bola mana boleh kehilangan seorang penyerang berbisa.. Baliklah sahabat Rapel kita!!

1 comment:

Pemansang menua said...

Terima kasih GSSU kerana membenarkan aku bersara. Promahasiswa dah menang besar kerusi di UNIMAS. Jadi aku perlu bersara dan memberi ruang kepada pelapis baru dan tambahan lagi aku maybe gred semester depan. itu pun kalau tak ada paper repeat. hahaha. Jadi semester depan adalah masa untuk aku berjuang habis-habisan pulak untuk naikan pointer ku.. hahaha..

ada satu cerita dongeng aku nak kongsikan dengan GSSU:

pada tahun 1.. lahirnya seorg jejaka yang lemah di universiti... beliau dikategorikan sbg "underdog".
Namun demikian beliau tidak pernah mengenal erti putus asa.. walaupun beliau lemah beliau tetap berusaha untuk menjadi insan yang terbaik... daripada orang lain.. itulah perkara yang baik tentang beliau...

Pada mulanya jejaka itu tidak mengambil kisah dengan UNIMAS dan MPP-Aspirasi kerana dia memang tidak percaya terhadap pentadbiran MPP-Aspirasi kerana dikawal oleh HEP. Jadi perjuangan MPP tersebut adalah untuk pentadbiran, bukan untuk pelajar...

Sehingga suatu masa... apabila salah seorg kawan karib beliau di GB kan pentadbiran kerana gagal.
Beliau berasa serba bersalah kerana kawan beliau yang banyak mengajar beliau suatu subjek boleh gagal subjek tersebut tetapi jejaka tersebut boleh lulus... Kerana gagal satu paper boleh menyebabkan kawan beliau kena buang..
Jadi beliau makin tidak berpuas hati dengan pentadbiran.
Begitu juga dengan tindakan dekan yang cuba mengusir salah seorang lagi kawan karibnya menyebabkan beliau makin tidak puas hati..
Banyak lagi perkara yang buat beliau tidak puas hati..
seperti tindakan kakitangan pentadbiran dan guard yang "kurang ajar"., peruntukan sukan pelajar minta full tapi yang diberi cuma setengah sahaja.. tak tahu kewangan selebihnya untuk siapa..?? kes saman juga berleluasa...


Akibat daripada korupsi yang berleluasa, maka timbul lah satu gerakan untuk menghidupkan MPP-Promahasiswa yang lebih kepada memihak kepada pelajar bukan pentadbiran dan membanteras segala korupsi..

Beliau dan jentera beliau berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya menyatukan kaum dan menaikkan MPP-Promahasiswa dan situlah berlakunya REVOLUSI. Jadi ekoran daripada kejayaan tersebut beliau merasakan adalah perlu untuk beliau memberikan ruang kepada pelapis maka beliau mengambil keputusan untuk bersara.. beliau mungkin akan kembali menjadi penyerang suatu masa nanti tapi sekarang belum tiba masanya..
Tp satu janjinya diberikannya kepada penulis.. Beliau berjanji tidak akan masuk aspirasi kerana walaupun beliau bersara kerana hatinya tetap Promahasiswa dan perjuangannya tetap untuk pelajar..

Pesannya untuk GSSU:
Jangan mudah putus asa seperti jejaka tersebut...
Demi pelajar istilah putus asa itu tidak pernah wujud...

"Teruskan perjuangan GSSU"

"Idup GSSU untuk Pelajar"

berakhirlah kisah dongeng.. hahaha