Monday, September 27, 2010

Gssu- Kebajikan Mahasiswa atau Suara politik?

Salam Perjuangan bagi yang berjuang.

Terbangkit rasa untuk menulis semula setelah pelbagai dakyah dan omongan kosong dari pihak lawan tentang gssu. Dont judge book by it cover? maka nya ramailah omongan2 yang tak pernah tahu tentang gssu membuat andaian dan persepsi masing-masing..

Kami sememangnya bukan berteraskan parti politik.. tiada parti yang akan tolong kami ... kami tak perlukan parti-parti politik untuk merencana perjuangan kami.. mungkin idea kami sama dengan idea perjuangan parti politik..

Sememangnya semua sedia maklum bahawa.. GSSU MENOLAK UMNO-BN.. (kat sarawak umno tak wujud).

Kami inginkan mahasiswa dan mahasiswi yang lahir dari unimas yang menjadi sebenar-benar mahasiswa.. yang berani bersuara.. bukan hanya sekadar tahu isu politik Malaysia semata2..

PAS. PKR DAP. maupun UMno.. itu hanyalah sebahagian dari agen politik malaysia..

bukan politik mahasiswa.. mahasiswa kena sedar apa HAK mereka.. Siapa MEreka.. untuk apa mereka berada di unimas.. dan masa depan mereka..

berani bersuara.. itu yang kami perjuangkan.. suara mahasiswa...

sekiranya ada program HEP yang bertentangan dengan norma mahasiswa.. mahasiswa kritik.. mahasiswa bersuara..

Di unimas, kita lihat semasa ambang merdeka.. Sidang syarahan.. adakah syarahan bertajuk 1 malaysia itu.. mahasiswa benar2 memberikan INFORMASI YANG BETUL. atau sekadar bersyarahan...
INI TAK LAIN HANYALAH GOLONGAN MUNAFIK... (BILA BERKATA.,, DIRI SENDIRI TAK BUAT) dan mengeluarkan omongan kosong yang sia-sia..

Semua pemberi syarahan.. menyokong 1 MALAYSIa??? adakah ini mahasiswa KELAS 1? NI MENTALITI MAHASISWA KELAS KE3.. KENAPA MESTI MENYOKONG.. DENGAN HANYA BERLANDASKAN HUJAH2 YANG LEMAH...

semua omong-omongan kosong yang menjelekkan...


sekadar contoh:/

Sekiranya kita di berikan assingment dengan satu tajuk.. kenapa semasa membuat asignment kita mampu memberikan evident dan hujah yang ada rujukan.. dengan ada hujah MENYOKONG DAN MEMBANGKANG.. yang mana betul yang mana salah.. dan cara-cara memperbaikinya.. sedangkan bila berhujah dan berdebat... yea-- semua setuju.. bagus2..

apakah ini??

Janganlah kita terhasut oleh propaganda kerajaan dan pembangkang.. kita ada hak untuk membuat andaian dan persepsi.. apa pun anda sokong. sokonglah dengan hujah dan idea yang bernas..

JAdilah mahasiswa yang berani bersuara.. tidak kira anda bersuara menyokong KETUANAN MELAYU.. KETUANAN RAKYAT.. tapi semaikan lah dalam jiwa.. KETUANAN MAHASISWA..
MENGUTAMAKAN MAHASISWA... saling membantu dan memberikan kerjasama.. dalam
MEwacana UNIMAS KEARAH KEGEMILANGAN.. MENJADIKAN GENERASI BARU YANG BELAJAR DI UNIMAS AKAN MENDAPAT KEBEBASAN BERSUARA.. KEBEBASAN BERSUKAN,,, KEBEBASAN MEMILIH,, KEBEBASAN BERKARYA,, DAN KEBEBASAN MEMIMPIN... JANGAN BIARKAN GENERASI BARU MERASA PERIT DAN SUSAH SEPERTI APA YANG KITA RASAI..

WASALAM..

S.U..




Sunday, August 8, 2010

Kembali semula

Semoga permulaan yang awal diteruskan sepanjang zaman.. ingat resminya padi, semakin berisi semakin tunduk. kita insan perlu lebih merendah diri bila ilmu didada penuh..

Apa yang berlaku pada masa ini di unimas dirancakkan dengan aktiviti Kesumas dan minggu penghayatan islam yang menjelang tiba. Promosi di jalankan sehabis baik. namun penyertaan masih tahap kabur. Siapa salah bukan isunya, isunya salahkan diri sendiri. kadang kita merangkak juga boleh tersembam sendiri dan salahkan orang lain..

Lahirnya sekarang pemimpin pelajar yang mencari populariti murahan, sogok sang perwira berkokok kencang menjalankan aktiviti. pantang ditegur pantang di cabar. Akhirnya, mahasiswa lupa apa makna mahasiswa itu sendiri. Bila mana pemimpin pelajarnya tidak membela nasib pelajar, yang dibuang kolej, mahupun masalah kekangan kewangan. Yang diagungkan dan dikerjakan adalah aktiviti dan aktiviti dan aktiviti... Pembelaan pelajar dimana??????

Tanya diri kita sendiri, sekiranya kita menghadapi masalah di unimas, di mana aduan kita?? siapa patut diadukan,. bukan menjadi generasi yang suka mengadu.. tetapi kita inginkan apa yang sepatutnya kita dapatkan..


Teruskan perjuangan.. perjuangan untuk apa? untuk masa depan.. menjadi mahasiswa yang idealistik dan holistik.. bagi mencapai kearah wawasan 2020...


wasalam..

Tuesday, March 2, 2010

Semoga Berterusan GSSU dalam sanubari.

SALAM PErpaduan

Saya yang di pertanggungjawabkan untuk menulis maklumat berkaitan GSSU akan berakhir untuk semester ini.
Segala maklumat baru akan dipertanggungjawabkan terhadap orang baru yang mempunyai hati kental dan jiwa merdeka, bebas dari pahaman politik sempit dan berani bersuara.

Saya yang telah lama menyepi kerana mempunyai tulisan blog saya sendiri. Memandangkan blog ini lebih kearah komuniti kami, maka ayat mesti kena lebih transparent dan skema.


Apa2 pun. selamat untuk pejuang muda GSSU. dan Maklumat MPP yang terbaru ini tiada wakil daripada GSSU. MPP berdiri diatas kaki mereka sendiri. Support lah mereka kerana mereka seperti layang-layang terputus tali. Jangan biarkan mereka menjadi
"ANJING-anjing HEP" yang menjadi orang perantara antara HEP dan Pelajar.

Berharap agar kita rapatkan ukhwah dan bersatu atas nama perjuangan harmoni. Selamat buat semua..

wasalam




Monday, January 25, 2010

Penamaan calon sudah selesai

Untuk PRK UNIMAS kali ini memperlihatkan tiada pemilhan untuk UMUM kerana di isi oleh 4 orang calon iaitu, Saudara Hasbullah (FSKPM), Saudara Ezral Ghazali (FSTS), Miana (FEB) dan Wong.

Manakala fakulti pula, hanya fakulti FSS, FSKPM, dan FK sahaja yang dapat turun mengundi pada pemilihan kali ini dan menggunakan sistem e-Undi. manakala fakulti lain anda hanya duduk diam di bilik sahaja. majlis PRK kali ini lebih sejuk dari sebelum ini, memperlihatkan tiada perebutan untuk kuasa..

ada pro dan kontra daripada PRK kali ini iaitu memperlihatkan bahawa pelajar UNIMAS tidak berminat dengan pemilihan kali ini. selain maklumat tentang PRK yang sangat terhad. Jika di tanya kepada pelajar-pelajar, rata-rata mereka tidak mengetahui langsung tentang PRK. dimanakah silapnya? itu kita sendiri perlu pikirkan.


Kepada yang menang tanpa bertanding. selamat buat kamu. dan bersyukur kerana kamu mendapat TNC yang sangat mendengar pelajar. Dan kita sangat berbeza daripada Universiti lain. Utamakan Kecemerlangan..
Wasalam.

Sunday, January 24, 2010

Pilihanraya Kampus UNIMAS sedang berlangsung..

Salam perpaduan.

Penamaan calon sudah ditutup dengan diisi oleh 4 calon Umum dan 6 kerusi fakulti, namun kerusi fakulti FEB dan FIT masih kosong setakat jam 12.30 petang..
syarat untuk bertanding telah ditutup. diharapkan pada jam 3 petang nanti tiadalah calon dari FEB dan FIT. Kalau ada, tu maksudnya.. ada Calon guna "Pintu Belakang" dan sepatutnya di keluarkan dan PRK ini ada unsur main busuk..
semoga kita turun mengundi pada 28 jan 2010 sekiranya pilihanraya kampus anda rasakan telus dan ikhlas..
berdoa agar calon terbaik menjadi pemimpin kita pada masa hadapan...
wasalam.
maklumat lanjut akan di update seterusnya.. stay tune..

Sunday, November 1, 2009

Exam Jawap dengan Tenang kawan-kawan

salam perpaduan.

da start exam untuk kita semua, bermula dengan tmx, titas. walaupun abc ke esei ke.. try to give fully attention masa menjawap. bukan apa. kadang2 kita rasa da tepat da jawapan pertama, bila baca 2nd time. salah.. biasalah membuat pilihan yg tepat kadang2 terpesong..

SEmoga yang menjawap dengan tenang. Pakaian kena jaga kawan2.. jgn sempoi2 pakai jeans..kan da kuar Surat Pekeliling etika pakaian. Jangan sebabkan pakaian kita da tak dibenarkan menjawap exam. susah nanti nak kena balik tukar pakaian. pastikan pakaian berkolar dan berkasut k..

Dan tempat exam pastinya di timur. berebut2 naik bas.. jgn riso, bas ada sentiasa.. time management kena cantik sikit.

Lastly... berdoa sama2 supaya kita mendapatkan kejayaan yang cemerlang dan membanggakan family. doakan untuk kawan2 doakan untuk lecture, doakan untuk semua..

diakhir tulisan. Saya ingin memohon maaf kesalahan yang saya lakukan dan gssu lakukan terhadap anda..
semoga dengan kemaafan anda memudahkan kami dan anda menjawap exam dengan tenang dan cemerlang. Insyallah..

Thursday, October 29, 2009

cuti rehat atau cuti revision week

Salam perpaduan,

sepertinya sedia maklum bahawa kita semua sedang berehat dan bercuti sempena minggu revision week. harap agar teman2 dalam ketenangan dan kekuatan untuk hadapi exam. siapa2 yang tak study lg tu, biasalah last minute ada lagi masa nak belajar. asalkan dapat menjawap exam kn.

bukan mudah nak dapat peluang nak rest masa revision week ni. tapi ada gak kawan2 kita di kalangan fsgk yang masih bz dengan asgment editing lagi. sabar ye kawan.. duit da banyak habiskan.. so teruskan usaha anda.

fakulti lain tu, yang menghafal2 tu teori2 kena hafal sampai kesudah, kang salah teori da salah konsep pulak. alamak menjawap nnti masa exam. nak klentong apa kan.. kalo fakulti kira2 macam feb ke fk ke. rajin2 lah tekan kalkulator itu.. nanti masa exam ada gak jawapan dlam nombor,

mana2 fakulti pun takpe lah yang penting jawap exam dengan tenang. jangan tidur lewat sudah..
nanti kepala pening.. ilmu semua hilang..

kadang2 budak2 unimas ni genius tau.. kalo korang perhatikan juga. time ada bola sepak. liga inggeris lah. or piala juara2.. tak kira pagi esoknya ada exam sekalipun.. pasti warung 2000 tu penuh.. menjerit kegirangan yang menang.. ni baru namanya kepuasan.. malam liverpool vs M.U.. memang riuh n bising. ada melonjak2 atas batu bila liverpoo menang.. yang sugul tu paham2 je lah M.U.. walaupun sapa yang menang, yang penting kita unite. takde sampai gaduh2 ke.. baling2 kerusi. adat menang kalah kan..

next time ada match lagi.. bertemu kita dkat warung.. tp bagi kaum adam saja. kaum hawa.. still membaca n terus membaca. hakikat kejadian wanita itu pun kita tahu dengan 1 akal 9 nafsu.. so kena berusaha lebih..

sekian dulu untuk kali ini.. sahabat2 ku.. selamat berusaha.. wasalam.. tetapkan perjuangan..