Semoga permulaan yang awal diteruskan sepanjang zaman.. ingat resminya padi, semakin berisi semakin tunduk. kita insan perlu lebih merendah diri bila ilmu didada penuh..
Apa yang berlaku pada masa ini di unimas dirancakkan dengan aktiviti Kesumas dan minggu penghayatan islam yang menjelang tiba. Promosi di jalankan sehabis baik. namun penyertaan masih tahap kabur. Siapa salah bukan isunya, isunya salahkan diri sendiri. kadang kita merangkak juga boleh tersembam sendiri dan salahkan orang lain..
Lahirnya sekarang pemimpin pelajar yang mencari populariti murahan, sogok sang perwira berkokok kencang menjalankan aktiviti. pantang ditegur pantang di cabar. Akhirnya, mahasiswa lupa apa makna mahasiswa itu sendiri. Bila mana pemimpin pelajarnya tidak membela nasib pelajar, yang dibuang kolej, mahupun masalah kekangan kewangan. Yang diagungkan dan dikerjakan adalah aktiviti dan aktiviti dan aktiviti... Pembelaan pelajar dimana??????
Tanya diri kita sendiri, sekiranya kita menghadapi masalah di unimas, di mana aduan kita?? siapa patut diadukan,. bukan menjadi generasi yang suka mengadu.. tetapi kita inginkan apa yang sepatutnya kita dapatkan..
Teruskan perjuangan.. perjuangan untuk apa? untuk masa depan.. menjadi mahasiswa yang idealistik dan holistik.. bagi mencapai kearah wawasan 2020...
wasalam..
Kenyataan YDP MPP UNIMAS pada 02/20/09 10:45 AM
15 years ago
No comments:
Post a Comment