Monday, January 25, 2010

Penamaan calon sudah selesai

Untuk PRK UNIMAS kali ini memperlihatkan tiada pemilhan untuk UMUM kerana di isi oleh 4 orang calon iaitu, Saudara Hasbullah (FSKPM), Saudara Ezral Ghazali (FSTS), Miana (FEB) dan Wong.

Manakala fakulti pula, hanya fakulti FSS, FSKPM, dan FK sahaja yang dapat turun mengundi pada pemilihan kali ini dan menggunakan sistem e-Undi. manakala fakulti lain anda hanya duduk diam di bilik sahaja. majlis PRK kali ini lebih sejuk dari sebelum ini, memperlihatkan tiada perebutan untuk kuasa..

ada pro dan kontra daripada PRK kali ini iaitu memperlihatkan bahawa pelajar UNIMAS tidak berminat dengan pemilihan kali ini. selain maklumat tentang PRK yang sangat terhad. Jika di tanya kepada pelajar-pelajar, rata-rata mereka tidak mengetahui langsung tentang PRK. dimanakah silapnya? itu kita sendiri perlu pikirkan.


Kepada yang menang tanpa bertanding. selamat buat kamu. dan bersyukur kerana kamu mendapat TNC yang sangat mendengar pelajar. Dan kita sangat berbeza daripada Universiti lain. Utamakan Kecemerlangan..
Wasalam.

No comments: