Friday, July 31, 2009

UNIMAS patut ditutup atau tidak kerana H1N1

Salam Perpaduan.

sekadar berkongsi berita daripada berita utama kat semenanjung PLKN pun dah ditutup.
dan UITM samarahan da ditutup juga. UNIMAS?

relevan ditutup. sekurang2 nya kita pelajar boleh pulang dan mengelakkan jangkitan daripada staf2 yang mendapat penyakit tersebut.

Memanglah semua nak belajar, PTA, asignment, dan midterm..
tp agak2 lah,. hope kita adalah warga yang berinformasi hendaknya.. h1n1 telah meragut nyawa seorang remaja 20an. di Melaka. hal ini berlaku sebab apa??

ni yang berlaku di Unimas gak.. tak ambil tau hal DUNIA dan HAL Setempat. yang diorang tahu 4K-
1K- Kelas
2K- KAfe
3K-Kolej
4K- Kuching

sambung cerita tu,, budak tu meninggal sebab tak wat cek up. mak bapak pesan g nak hospital, dia reply,, demam biasa je mak.. sok lusa baik lah.. sekarang kat mana? KUBUR..

demam h1n1 ni memang sukar dijangka. tanda2 da dibagitau.. tp kesedaran kita semua.
harap mahasiswa yang lain prihatin.

sekadar berkongsi..
yang baik itu disampai2kan..

wasalam..

Assalamualaikum

Sunday, July 26, 2009

TMJ berangkat ke UNIMAS 27 Julai 09

Salam Takzim dan Perpaduan.

Warga UNIMAS akan menyambut kehadiran TMJ (Tunku Mahkota JOhor) dan KEluarga untuk melawat UNIMAS. Walaupun Tunku adalah orang Johor namun Baginda akan melawat seluruh UNIMAs serta bertemu anak kelahiran Johor. Sebagai Warga UNIMAS kita semua sepatutnya bangga golongan diraja melawat Universiti kesayangan kita ini,

Memandangkan kelas dibatalkan pada hari tersebut. Bersama kita memeriahkan majlis. dan bertemu TMJ untuk menunjukkan sokongan kita terhadap golongan di Raja. Hal ini kerana, baginda ingin bertemu semua warga Unimas.

Saya selaku orang dan anak jati Johor, mengucapkan selamat datang kepada Tunku Ibrahim diatas keberangkatan ke Unimas.

Daulat Tuanku
Wasalam..

dari pelajar kepada pelajar untuk pelajar.

Thursday, July 23, 2009

Perjalanan dari timur ke barat berjalan kaki??

Salam pembuka bicara..

Kelmarin kan ada senggang untuk mahasiswa tahun 1 dan 2.. Tahukah kita yang diorang habis aktiviti jam 6.00 kadang2 ada yg awal 5 petang.. mana yang lincah aktiviti adalah bas kan..

kalo yang lmbat habis.6.30 ke? macammana ye? bas da jalan..

kalau paling sedih.. dapat beratur nak naik last bas.. tp bas da penuh macam sardin.. so yang hujung2 tu xdapatlah naik kan..

cuba kita imagine nak tunggu bus 7.30 gerak semula.. lama kan menunggu,, Solat mgrib macammana bg muslim??
kalo adu kat MPP jawapannya.. pergi solat di masjiid.. boleh solat, tp selesa ke? dengan pakaian yang masam dan berpeluh..

so ramailah adik2 kita ni berjalan menempuh arus menghala ke barat. 5km tue?
jauh ke? dekat je..

Lagipun tiada pun pelajar kita yang junior ni mengadu.. that great.. tiada aduan maka tiada tindakan.. teruskan berjalan.

Penyelesaian:

GSSU sarankan kepada yang berkenaan.. datuk2 nenek2 abg2 kakak2 adik2

1) mintak jasa baik sediakan BAS tmbahan untuk hari rabu saja.. Please! hari rabu je.. PEtang.. untuk junior2 ni balik..

2) Mana2 yg kelab yg tak menggunakan kemudahan di timur.. lakukanlah aktiviti di barat.. PLEASE kawan2 presiden..
3) dalam fikiran.. so hope u all yg membaca tambah2 cara penyelesaian..

wasalam..

i learn to dare to speak.
dari pelajar untuk pelajar kepada pelajar..
Gssu untuk SEMUA.



1)

Wednesday, July 22, 2009

KES Influenza H1N1 DI UNIMAS

Warga UNIMAS yang dihormati,

Adalah dimaklumkan UNIMAS telah mempunyai dua kes positif H1N1 (kes import)
yang melibatkan staf di Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan (BPAK) dan
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM). Staf -staf
yang terlibat sudah dikuarantin dan sedang mendapat rawatan sewajarnya.

Sehubungan dengan itu, semua warga UNIMAS adalah dimohon mengambil
langkah-langkah berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan sekiranya
mempunyai simptom/simptom-simptom berikut, terutamanya mereka-mereka yang
mempunyai sejarah kontak dengan mereka yang telah disahkan positif

1) Demam melebihi 38C
2) Sakit Tekak
3) Selsema
4) Letih dan lesu
5) Sakit-sakit badan
6) Batuk, tidak berkahak pada peringkat awal

Semua warga UNIMAS adalah dengan ini dimohon agar memandang serius perkara
ini agar penularan wabak ini dapat disekat di kalangan warga UNIMAS. Sila
berhubung dengan Pusat Kesihatan UNIMAS.
Menurut Lau WEE Ming (2009)

Mintak semua tlg sebar2kan maklumat ni.. kalo berhubungan dengan staf pakai topeng.. dulu masa MAP baru suspek je pelajar kita staf da pakai topeng n takut berurusan ngan pelajar..

sama2lah kita berkerjasama.. sebar2kan maklumat..

dari pelajar untuk pelajar
DAre to SPEAK!

Saturday, July 18, 2009

Email yang kami terima bertajuk: FSGK gegar!!!!!

"ada la cerita pasal Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif [FSGK] gegar gara-gara perbuatan YDP kita.
cerita ni semakin hangit kerana timbul pelbagai cerita sampaikan ke timur pun orang tau.

So presiden fine art bengang la sebab cerita yang timbul berlainan.
kerana masalah yang kecil boleh menjadi masalah besar disebabkan oleh YDP kita..

masalah ni berlaku bila ada sorang junior ni report kat YDP pasal orentasi,
tanpa usul periksa YDP kita membuat keputusan yang "bijak" tanpa bertanya pada exco FSGK mahupun sesiapa yang berkenaan dan beliau terus merujuk kepada TNC.

So TNC pn tanye la dekan FSGK, n dekan xtau menahu..sebab 2 dia pn trut bengang.n dia trun padang pada malam perjumpaan minggu orentasi plajar..namun semua cerita yang timbul adalah tidak betul sama skali..so korng pikir la kepandaian YDP kita dalam membuat keputusan..
Profesional la cikit..
terima kasih YDP::

S.u Gssu nak ulas daripada email tersebut:

Salam buat YDP kita. salam takzim dan salam selamat.
Email ini sangat memeranjatkan juga, kerana pengirim directly tuju kepada YDP.

So, kami telah membuat perjumpaan dengan pengirim tersbut. daripada perjumpaan yang dibuat, kami dapat maklumat secara jelas dan tepat di sebelah pihak.

Maka sekarang kami memohon penjelasan daripada YDP sendiri apa yang berlaku, kerana ini melibatkan Dekan FSGK dan TNc.

Persoalan sekarang adalah..

1) Kenapa isu ini dibawa keatas terus tanpa berhubung dengan EXCO FSGK Husna dan Exco KEbajikan RAzuan
2) Adakah suara pelajar yang mengadu itu mewakili seramai 50 orang junior FSGK. Kerana kalo setakat seorang je yang mengadu tu namanya budak tu je yang bermasalah.
3) Kalo kami berada di tempat TNc sekalipun kami akan menerima aduan tersebut kerana ADUAn ini datang daripada YDP! Ydp sebagai ketua dan wakil pelajar.
Sedangkan perkara sebenar adalah Beliau YDP hanya mewakili aduan sebilangan kecil junior.

PEnyelesaiannya::

KAmi memohon agar YDP yang memberikan penjelasan secara terbuka kepada semua presiden program FSGK. kerana Orientasi FSGK terpaksa tertangguh kerana perkara ini.

Berhubung terus dengan EXco Husna juga..

Akhir sekali, sebagai kawan, tak salah kita menegur. Isu ini dibawa ke dalam blog kerana kami mendapat email tersebut. Maka kami telah meminta presiden fine art tersebut bersiap sedia dengan plan A-Z untuk berhadapan dengan YDP. dan membersihkan nama FSGK daripada Dekan mereka.

dan buat YDP, Kalau anda berada di tempat yang benar, anda teruskan dengan kebenaran itu..

Wasalam..
Berani BErsuara! Thanks to Penulis Email.

Ps: Diharapkan agar ada respon daripada YDP..




Salam Ulang TAhun Pertama GSSU

Berkat kesabaran GSSU akan genap setahun pada OGOS ini.

Sejarah dulu menjadi kenangan hanya berbekalkan 10 orang sahaja. Sekarang kami sudah mencecah seramai 169 orang (yang tak sah dalam FS).

Seramai 10 orang yang telah berfungsi sebagai "marketing"

Seramai 10 orang telah bertindak menjalinkan muhibbah

Seramai 10 orang lagi telah bertindak sebagai Pemudah cara

10 orang telah menjadi presiden persatuan fakulti, Kelab, JPK Kolej, dan sebaris dengan itu.

Inilah kami. GSSU.

Salam Ulang tahun Pertama,. Semoga terus suksess dan diterima oleh seluruh UNIMAS

BErsama MEnegakkan kebenaran dan menentang kesalahan di UNIMAS.

All Change! BErani BErsuara


Gssu Radikal

Percayakah anda dengan kenyataan bahawa GSSU Radikal?

Ye kami "RAdikal" terhadap cara atau pentadbiran yang langsung tidak respect pada siswa-siswi.

Kami sangat menitikberatkan soal AUKU, Majoriti pelajar unimas tidak tahu apa itu AUKU. Sedarkah anda bahawa ramai pelajar UNIMAS yang boleh dikenakan akta AUKU tersebut. Sebabkan itulah GSSU melatih dan memberi ilmu tentang AUKU, segala perkara terkandung dalam AUKU kami telah adaptasi dan menjadikan sebagai peraturan mengelakkan daripada tersesat jauh.

GSSU tidak bersalah langsung dan tidak dikenakan tindakan AUKU kerana kami mempunyai SISWA yang arif berkaitan Undang-undang dan sekiranya ada diantara kami yang di gantung, dibuang, atau di berikan amaran, kami tidak pernah gentar, kerana kami telah diberikan kekuatan berkaitan AUKU, dan tiada salahnya GSSU di mata UNIMAS.

Kami tidak membuat sebarang demonstrasi, kami tidak menghasut, kami tidak menggunakan harta benda UNIMAS untuk kegunaan GSSU, Kami tidak mewujudkan organisasi tanpa perlembagaan dan sebagainya.

GSSU hanya berdiri atas blog dan FB dan FS..

itulah kami.

dan diingatkan kepada sahabat2 kami yang bukan GSSU, apa pun tanggapan anda terhadap kami, kami adalah satu, kearah membentuk UNIMAS GEMILANG!!

Jika ada yang mengatakan join GSSU boleh kena buang UNIMAS,
sedarlah kawan2. anda buta AUKU.

kami diajarkan dengan Undang-undang, peraturan, dan bukti.

Ingin di kongsikan bersama, sebagai renungan,.

Persatuan FAkulti mana yang mempunyai perlembagaan?
PErsatuan Fakulti mana yang diiktiraf oleh UNIMAS,
PErsatuan fakulti mana yang SAH?

semua ini melanggar AUKU sebenarnya. menubuhkan organisasi atau persatuan tanpa kebenaran NC atau TNC..

Boleh saja kami membawa ini ke pihak atasan,. tetapi itu bukanlah kerja GSSU, "membunuh" pelajar. Biarkanlah persatuan fakulti ini, semoga mereka selamat di UNIMAS.

Persatuan ANAK NEGERI?
pernah dikumpulkan ANak2 PErak, PEnang, JOHOR, KElantan..

tetapi tidak dibenarkan oleh pihak TNC, sebabkan itu, ANAK JOHOR yang dikelolakan seorang daripada GSSU, telah mengambil jalan selamat tidak menubuhkn persatuan. MAka kami amat mendukung AUKU.

Kami tidak sama sekali menginginkan anda menyertai kami.. Kerana kami mempunyai suara yang "sedikit" tetapi kuat.

Anda hanya perlu jadi atau join group GSSU di FAcebook dan FS. dan berani meluahkan apa yang anda rasa iaitu untuk tujuan memajukan UNIMAS.DAn sertailah aktiviti yang UNIMAS anjurkan.
Kami GSSU antara yang aktif memeriahkan acara yang dianjurkan UNIMAS. termasuklah presiden2 kelab yang ada di UNIMAS juga sangat menyokong GSSU, kerana GSSU menjalankan tugas untuk KEBAIKAN bukan KEburukan.

CAra dan pendekatan kami sangat mudah...
"buat baik pada semua orang, termasuk staf yang baik-IKHLAS"

wasalam untuk kali ini..
ALL Change! BERANI BERSUARA!!

-fadh S.U gssu @ PResiden Rakan Muda (sehingga hujung JULAI)