Monday, July 13, 2009

Pengangkutan: BAS UNIMAS

Salam takzim.

kali ini bukan isu atau masalah. So far apabila tiada komplain daripada student maka tiada masalah.

Adakah kita setuju dengan jadual Shutle bas tu?

Pernahkah kita ajukan persoalan kepada YDP, bolehkah tukar jadual?

NAmun, semua terima jadual shutlle bus dengan senyum tawa dan gelak suka..

GSSU pun takde masalah dengan jadual bas tu.

YAng terbaru disediakan bas untuk pelajar medik dari kolej Cempaka ke Lot 77. seawal jam 6.00pagi.. juga tiada komplain. So far harapkan agar pelajar medik bersedia mental dan fizikal. kerana sekarang anda mampu bertahan. bayangkan bulan puasa yang menjelang untuk umat islam. seawal 6.00 pagi ke lot 77. Sahur pukul berapa? sahur dalam bas.. balik pukul 6.00 petang. buke puasa dalam bus. KEsabaran anda sangat dihargai,.

SEKiranya bebanan bagi pelajar medik, diharap anda mengutarakan masalah anda kepada Fran MPP anda. Beliau sedia membantu. dan Bekerja untuk Medik.

Untuk ADUAN rujuk:

FK: ALexis
FSS: RAzuan
FEB: Abg AKhmas (stylo MPP)
FSKPM: BISMI SYAIFULLAH
FSTS: Farahiyah
FIT : Suhaimi
FSGK : Saudari Husna

(yang susun lapis ber4 MPP tertinggi tu semua da tau so tengok kat notis board kolej, ada muka MPP ni, kecuali di CEMPAKa tiada ye. Muka Anda semua tidak dibenarkan ditampal di cempaka.)



All Change!!

BERANI BERSUARA.

UKP: UNit Kewangan POKAI

SAlam TAkzim.

Isu yang patut kita ketahui. Seorang sahabat yang merupakan ahli GSSU gak. Telah ke UKP ni.. untuk bayar yuran. Almaklumlah e-daftar da buat, namun dek kerana UKP ni da pokai.. boleh plak Yuran Sahabat ni jadi RM 741?Ditanya staf tu kenapa? jawapan senang. ANDA TELAH MENDAFTAR LEWAT, DENDA RM50. (NI yang YDP kita perjuangkan dalam manifesto.. masih takde hasil lagi)..

tu yang sahabat ni mengamuk. dan kerana keberanian dia mempertahankan RM 50. ye ar.. RM 50 bukan sikit. kalau orang kaya mampu lah membayar kan. so staf tersebut mengambil nama beliau dan dikurangkan yuran menjadi RM 691 seperti asal.

ini bukan isu yang kami cuba sampaikan.. tetapi..

selepas sahabat ini keluar. dia ada jumpa kawan lain yang sama masalah cuma.. kawan dia ni membayar RM 50 tersebut.. jawapannya senang, "staf suruh bayar, kita bayarlah malas nak panjang2 cerita"..

inilah namanya orang kaya.. OKB. Orang kaya BANGANG!.

Itu baru seorang. BAyangkan yang lain. Yang mana masih menurut perintah untuk membayar denda RM 50 walaupun da buat e-daftar..

siapa patut bertanggungjawab terhadap isu ini..

ini dia peluang anda menyuarakan aduan kepada siapa??

mestilah kepada exco aduan kebajikan kita.. RAzuan Samsudin@ germ's..

Kalau aduan anda RAzuan tak layan.. Anda komen kat GSSU. (baik letak jawatan kalau tak nak buat kerja)..

Salam maaf dan Salam BERANI BERSUARA.

All Change!!!


Isu Lapuk: CAFE oh CAFE

Salam Perpaduan.

Sedarkah anda bahawa makanan harian kita makan hari-hari akan menjadi tenaga untuk setiap hari. Cafe yang sedia ada mana yang anda rasakan baik kualiti makanan dan harga berpatutan teruskanlah membeli.

Tetapi sayang sahabat2 kita di bahagian timur mengalami masalah makanan yang sejuk, basi, mahal cekik darah, langsung tak sedap.. ada lalat.. macam2 lah..

Pelbagai aduan dan komplain da diajukan samada kepada Pengurus Asrama, Pengetua, mahupun Ex-oficio kolej tersebut. Namun baru sekarang penderitaan mereka selesai. Apabila CAfe daripada syarikat tersebut dikehendaki tutup.

Itu bukanlah penyelesaian disitu sahaja. Isu sekarang adalah pemilik syarikat tersebut telah mendapat tender di kolej sebelah barat pula..
untuk makluman sahabat ku.. Pemilik syarikat cafe itu mempunyai KABEL atau Wireing yang sangat kuat dengan pengurusan UNIMAS GEMILANG. kalo tak masakan mendapat komplain setinggi menara KL masih boleh dapat tender di kolej lain??

INILAH masalahnya.. bagi kami di timur selesai kerana komplain yang berbakul2 dan budak timur pandai bersuara dan tau hak mereka. DI kolej barat tu plak macam mana>? yang ni kita tgok dulu. So far, harapkan ex-officio kolej di Barat memainkan peranan.. terimalah aduan ye..

dan siswa-siswi lain terimalah cafe baru anda. selamat menjamu selera.. NASI AYAM LALAT PENYEK.

wasalam.

BERANI BERSUARA!

Saturday, July 11, 2009

GSSU bebas dari pengaruh Politik Luar Kampus

Salam Takzim,

Untuk makluman semua pembaca samaada pelajar baru atau pelajar lama, GSSU bebas daripada fahaman politik luar kampus samaada UMNO, PAS, Keadilan, DAP atau sebagainya. Kami bergerak sendiri atas nama MAhasiswa dan Mahasiswi untuk KEBAJIKAN pelajar semata-mata. Serta memenuhi kehendak pelajar.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di UNIMAS kami sertai untuk menggemilangkan suasana Kampus Universiti seperti yang diingini TNC dan Pentadbiran UNIMAS. Kami sentiasa optimis untuk menjadikan kehidupan UNIMAS sebagai rumah kedua dan tempat yang menjadi kenangan yang best di Universiti.

Untuk pengetahuan GSSU sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk BERANI BERSUARA dan menjadi Pemimpin dalam apa sahaja organisasi. Kem-kem dan aktiviti-aktiviti menarik sedang dalam perancangan untuk membentuk mahasiswa berketerampilan. dan Didasari kepimpinan yang IKHLAS dan TANGGUNGJAWAB.

Antara aktiviti yang kami jalani bersama di UNIMAS.















Friday, July 10, 2009

Sokongan dan Semangat yang jitu sangat dihargai

Salam Takzim,
Untuk makluman bahawa sokongan yang diterima amat memberangsangkan oleh semua pihak. Segala kesulitan yang berlaku sebelum ini masih dalam penambahbaikan. Penghargaan buat semua yang pembaca blog ini yang sentiasa inginkan maklumat dan tidak putus2 memberi cadangan untuk memajukan dan memantapkan mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS.

Pembaca yang dihormati,
Tunjukkanlah sokongan anda dengan menyertai Group GSSU yang ada dalam FAcebook dan Friendster yang diubahsuai khas untuk kita saling berinteraksi membina ukhwah yang kuat. Group GSSU adalah untuk membantu Mahasiswa dan Mahasiswi untuk BERANI BERSUARA. Bersuara kearah memenuhi kehendak masing-masing.
Setiap orang inginkan kehendak mereka dan kebajikan di jaga.
Maka dengan suara kita yang SATU digabungkan akan menjadi kuat.

Teruskan Perjuangan Sahabat-sahabatku.
Sedarlah bahawa kita di wujudkan dan UNITE atas satu dasar yang sama dan tiada sebab atau objektif lain.

Maka mana2 pihak yang menggunakan GSSU untuk kepentingan peribadi dan kepentingan Organisasi yang didukung olehnya akan dipantau dan ditentang habis-habisan. Kuasa dan kekuatan kita adalah daripada kita sendiri.
Akhir sekali, kepada pembaca yang bijaksana semua, pesanan daripada GSSU.

Jalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa dengan penuh rasa kebertanggungjawaban dan untuk semua mahasiswa UNIMAS dan bukannya untuk segolongan kecil yang berada disekeliling anda sahaja atau BIAS terhadap orang yang anda kenali.

Wasalam. Teruskan membaca

Monday, June 29, 2009

Welcome New Student

Salam Takzim dan Perpaduan.
on 27-28 Jun the new student UNIMAS is register here. welcome to new place friends. Hope the new student will get what they should get in UNIMAS. Hopefully the L.O will be good trainer to give the knowledge to new student.


Semoga pelajar baru merasai alam universiti sebagai satu kehidupan yang indah dan tidak terasa terbeban seperti senior sebelum ini. Dalam perjalanan MAP kali ini pengurusan dan perjalanan program amat teratur dengan penghulu yang sangat komitmen dan bertanggungjawab. Selain L.o yang bertugas. Tahniah.. cuma walaupun terdapat sebilangan kecil L.O yang mempunyai tujuan lain dalam melaksanakan tugas sehingga mendatangkan masalah kecil kepada organisasi MAP.

selamat buat semua. semoga student baru berasa bahagia dan aman di sini. Untuk Senior UNIMAS. Selamat pulang ke UNIMAS mulai minggu depan. berganding bahu bersama memajukan dan mengemilangkan UNIMAs.

untuk makluman. Sukan Air akan berlangsung selepas minggu MAP. sertai Kolej anda dan lakukanlah yang terbaik.

T.Kasih. Selamat membaca.

Thursday, June 18, 2009

Kembali semula

Semester baru akan bermula tidak lama lagi. semoga sahabat-sahabat bersedia menghadapi hari-hari mendatang di UNIMAS dengan hati yang kembali tenang. Keputusan peperiksaan sudah dikeluarkan. Berdoa untuk semua agar mendapat kelulusan dan keputusan yang diharapkan. Setakat cuti hampir 2 bulan ini, alhamdullilah tidak kedengaran pelajar UNIMAS yang meninggal dunia atau mengalami kemalangan sperti semester lepas. Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan semua.

Kepada pembaca-pembaca blog ini, maaf di pinta kerana tidak mengupdate berita dan maklumat terbaru berkaitan UNIMAS kerana masalah dalaman yang agak kritikal. Segalanya kembali reda. Sokongan sahabat dan nasihat amat diperlukan dalam satu organisasi yang besar. Semoga ditunjukkan jalan bagi orang-orang yang sabar.

-Salam ikhlas dari Ex-S.u-