Monday, March 23, 2009

Amanat terakhir S.U GSSU

Untuk kali terakhirnya menulis dalam blog ini.

Salam perpaduan dan takzim untuk semua yang membaca.

Gssu sangat bermakna bagi orang yang sedar erti sebenar gssu. Yang bersama berusaha atas nama kawan-kawan. Membantu kawan2. Semangat dan iltizam untuk bersatu walau berbeza agama,kaum, fakulti dan aliran politik kearah kesamarataan antara satu dan lain.

Tidak rasa terlewat untuk saya merakamkan terima kasih kepada saudara Hayat yang memilih saya untuk jadi S.U pada hari sebelum piliharaya. Thanks bro. tapi tidak terlewat juga untuk saya meminta maaf kepada saudara hayat kerana tidak dapat melaksanakan tugas sebagai s.u dengan baik. Untuk itu, terasa bersalah untuk meneruskan tanggungjawab yang besar ini. Oleh itu, apalah kiranya saya berehat daripada terlibat dengan gssu. Namun dihati ini tersemat bangga bersama gssu.

Inilah namanya pengorbanan, apalah kiranya gssu tanpa S.U berbanding gssu kehilangan kepercayaan daripada orang ramai. Maaf atas keterlanjuran kata S.U, kesilapan dalam tindakan, kealpaan dalam teguran menyebabkan GSSU di pandang rendah dan serong. Di harap, semoga penganti akan datang lebih digemari dan disukai oleh gssu yang lain.

Ini hanyalah pendapat peribadi yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, segala yang datang dari lahiriah. Tujuan satu untuk mengelakkan gssu daripada hilang kepercayaan.

Lau, Hayat, Fahmi, Sapuan suaidi, Don, Syafik, syam, rapel, razuan, boy, dan naza sahabat-sahabat yang bersama pada malam sebelum mengundi pilihanraya MPP, saat yang sentiasa dikenang dan bersemadi dalam hati. Selamat berjuang di landasan masing-masing.


Wasalam.

“Dari pelajar untuk pelajar”

“Proud be part of GSSU”

2 comments:

Anonymous said...

abang fadh, yong ngan iyah xda ka malam tu? huhuhuh...

fadh said...

mana ada.. korang tido ja malam tue.. ish2..