Saturday, March 14, 2009

Aktiviti ahli GSSU untuk Unimas

Salam perpaduan,

Kearah mengemilangkan Unimas,

Alhamdulillah, semalam pasukan kompang Unimas, yang terdiri 5 orang gssu, telah menunjukan bakat terpendam dalam pertandingan hadrah anjuran uitm, samarahan.

Tulisan ini, bukan untuk menulis tentang pertandingan tersebut, tetapi menjurus kearah menggemilangkan nama Unimas. Kami pergi ke UITM, menaiki bas UNIMAS. Terima kasih pentadbiran, sekurang-kurangnya kami bangga membawa nama Unimas.

Pemain kompang ini terpilih kerana pegawai HEP Unimas yang berminat mendengar paluan kompang semasa majlis perasmian Minggu Pengahayatan Islam peringkat UNIMAS.

Penghargaan yang besar buat pemain kompang kerana muzik dan paluan kompang diterima oleh semua.

Bagi saya, ini merupakan platform agar kelab-kelab lain juga berusaha untuk memajukan kelab masing-masing dengan cara masing-masing untuk tujuan menggemilangkan Unimas.

Tahniah pasukan kompang yang membawa nama Unimas. Kita Bersatu atas satu suara, suara kompang.

Wasalam..

1 comment:

Anonymous said...

ada gak budak2 gssu buat untuk naikkan nama Unimas.. alhamdulilah tiada perpecahan dalam gssu seperti diuar2kan..