Monday, March 23, 2009

Amanat terakhir S.U GSSU

Untuk kali terakhirnya menulis dalam blog ini.

Salam perpaduan dan takzim untuk semua yang membaca.

Gssu sangat bermakna bagi orang yang sedar erti sebenar gssu. Yang bersama berusaha atas nama kawan-kawan. Membantu kawan2. Semangat dan iltizam untuk bersatu walau berbeza agama,kaum, fakulti dan aliran politik kearah kesamarataan antara satu dan lain.

Tidak rasa terlewat untuk saya merakamkan terima kasih kepada saudara Hayat yang memilih saya untuk jadi S.U pada hari sebelum piliharaya. Thanks bro. tapi tidak terlewat juga untuk saya meminta maaf kepada saudara hayat kerana tidak dapat melaksanakan tugas sebagai s.u dengan baik. Untuk itu, terasa bersalah untuk meneruskan tanggungjawab yang besar ini. Oleh itu, apalah kiranya saya berehat daripada terlibat dengan gssu. Namun dihati ini tersemat bangga bersama gssu.

Inilah namanya pengorbanan, apalah kiranya gssu tanpa S.U berbanding gssu kehilangan kepercayaan daripada orang ramai. Maaf atas keterlanjuran kata S.U, kesilapan dalam tindakan, kealpaan dalam teguran menyebabkan GSSU di pandang rendah dan serong. Di harap, semoga penganti akan datang lebih digemari dan disukai oleh gssu yang lain.

Ini hanyalah pendapat peribadi yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, segala yang datang dari lahiriah. Tujuan satu untuk mengelakkan gssu daripada hilang kepercayaan.

Lau, Hayat, Fahmi, Sapuan suaidi, Don, Syafik, syam, rapel, razuan, boy, dan naza sahabat-sahabat yang bersama pada malam sebelum mengundi pilihanraya MPP, saat yang sentiasa dikenang dan bersemadi dalam hati. Selamat berjuang di landasan masing-masing.


Wasalam.

“Dari pelajar untuk pelajar”

“Proud be part of GSSU”

Wednesday, March 18, 2009

Perjumpaan MPP bersama pelajar tahun 1

Salam perpaduan,

Terasa terlewat untuk update berkaitan perjumpaan YDP Hayat dengan pelajar tahun 1 untuk membincangkan resolusi untuk membantu meredakan kesulitan yang dihadapi.

Permulaan perjumpaan, pelajar tahun 1 masih kabur dan tidak paham dengan kenyataan Ydp. Pelbagai persoalan diajukan, menunjukkan rasa ingin tahu pelajar. Kerana ia melibatkan masa depan mereka. Ydp juga merasakan kesengsaraan dan bebanan pelajar2 ini. Sebab itulah resolusi ini dibincangkan. Namun, ingin diingatkan bahawa usul ini tidak akan berjaya sekiranya pelajar tahun 1 tidak menandatangani memorandum atau petisyen yang akan dikeluarkan. GSSU hanya boleh katakan, itu semua masa depan pelajar tahun 1. sekiranya mereka tidak berusaha untuk membantu diri mereka sendiri. MPP tak rugi apa-apa pun. Jadi, fikir-fikirkanlah.. Mpp da buat dan buka jalan untuk anda. Anda mampu mengubahnya.

Terpancar wajah-wajah kerisauan pelajar tahun 1 nie. Relaks je.
Mpp akan tolong. Dari pelajar untuk pelajar.

Kalau MPP pun tak tolong, wat je aduan kat blog ni..

Sunday, March 15, 2009

Kesumas sedang berlangsung

Kesumas merupakan sukan antara fakulti yang dianjurkan oleh pelajar.

hari ini berlangsung acara sukan ping-pong, bola jaring dan bola tampar.

hari-hari mendatang pelbagai acara sukan akan berlangsung.. mana2 pelajar yang ada masa lapang dan tak bz dengan asignment datanglah memeriahkan majlis.. apalah kiranya kita sumbangkan sokongan 30 minit utk fakulti kita. asignment berlambakkan tension.. so tenangkan diri dengan bersukan dan beriadah..

sokong fakulti anda..

wasalam.

yg menjalankan tugas..

Saturday, March 14, 2009

Aktiviti ahli GSSU untuk Unimas

Salam perpaduan,

Kearah mengemilangkan Unimas,

Alhamdulillah, semalam pasukan kompang Unimas, yang terdiri 5 orang gssu, telah menunjukan bakat terpendam dalam pertandingan hadrah anjuran uitm, samarahan.

Tulisan ini, bukan untuk menulis tentang pertandingan tersebut, tetapi menjurus kearah menggemilangkan nama Unimas. Kami pergi ke UITM, menaiki bas UNIMAS. Terima kasih pentadbiran, sekurang-kurangnya kami bangga membawa nama Unimas.

Pemain kompang ini terpilih kerana pegawai HEP Unimas yang berminat mendengar paluan kompang semasa majlis perasmian Minggu Pengahayatan Islam peringkat UNIMAS.

Penghargaan yang besar buat pemain kompang kerana muzik dan paluan kompang diterima oleh semua.

Bagi saya, ini merupakan platform agar kelab-kelab lain juga berusaha untuk memajukan kelab masing-masing dengan cara masing-masing untuk tujuan menggemilangkan Unimas.

Tahniah pasukan kompang yang membawa nama Unimas. Kita Bersatu atas satu suara, suara kompang.

Wasalam..

Saturday, March 7, 2009

Minggu Penghayatan Islam

Salam Perpaduan

Minggu Penghayatn Islam datang lagi. Anjuran MPP, JPK Kolej dan UPMU. Tahniah menganjurkan majlis ilmuan yang mengangkat martabat Islam. Dalam kemeriahan penganjuran terdapat kepincangan kecil yang boleh diperbaiki. Tahniah kepada Bismi. Kehadiran pelajar memang di jangka, hanya segelintir yang tahu. Apa faktornya.

Banyak faktor yang menjadikan majlis dalam unimas tidak berjaya. Tak boleh gak untuk salahkan pelajar yang tak datang.

Dalam survey yang dibuat, dapat dilihat pada hari Sabtu pelajar FSKPM ada exam Psikologi, pelajar FSGK ada soft skill.

So diorang nak datang ke?

Kalau nak ramai penyertaan, kenapa tak bawa isu kelas hari sabtu ni ke pihak atasan. Jadikan hari minggu sebagai hari berpersatuan. Wajibkan.

Ada yang dalam S.u melihat perkembangan unimas, penganjur2 event di dalam Unimas mula putus asa kerana wat apa2 event je mesti tak dapat sambutan, sampai ada yg kata .. budak Unimas nak apa lagi ntah.

Tu ar cabarannya. Dan ditanya kepada bekas pelajar Diploma di Universiti lain yang belajar di Unimas, pandangan beliau tentang belajar di Unimas dan kemerosotan penglibatan dalam persatuan.

1) Unimas kedekut bajet. (xda bajet macamna nak wat projek)
2) Bas untuk aktiviti guna bas luar, so macamana orang luar nak tau aktiviti tue dari Unimas. Takdapat lah nak promote unimas.
3) Banyak sangat kelas pada hari sabtu.
4) Pelajar yang jadi wakil pelajar (MPP) utk glamour je bukan untuk pelajar
5) aktiviti yang dianjurkan sama je tiap tahun..

Cara penyelesaian yang dicadangkan.

1) bajet minima untuk kelab rm 2000
2) MPP cari dana sendiri dari luar kalau Unimas takde duit
3) kelulusan projek di mudahkan
4) sabtu ahad wajibkan aktiviti semua terlibat.

So. Kita sama2 lah fikirkan.
Unimas da ketinggalan jauh, dari ko-ko..

Wasalam..

Dari pelajar untuk pelajar

Friday, March 6, 2009

apa lah gssu da wat ek..


salam perpaduan dan salam takzim..

hanya kawan2 mengenal erti kawan..

gssu pernah kuat, dan masing2 kenal erti susah dan cubaan.. setiap langkah diperhatikan, setiap usaha di perlekehkan. untuk ape.? kebajikan mahasiswa kononnya. namun hasilnya mahasiswa masih tidak melihatnya..

gssu dicari apabila diperlukan, hanya menggunakan bila perlu.. untuk kepentingan peribadi..

masing2 hilang arah dan lupa tanggungjawab yang telah diberikan.

bukan untuk bangga diri tp lihatlah perubahan yang ada..

di kafe Mahsuri.. kepelbagaian lauk makan tengahari..

di kafe sulaiman.. televisyen..

di kafe taz.. lauk yang sedap,. cuma masalah kawasan tak strategik.. pemilik cafe da buat terbaik tapi student yang tak ramai,. paham2 lah taz kan..

kitorang bukan mpp yang nak lakukan perubahan besar.. cukuplah untuk perut kita kenyang..

so.. yang masih tertanya2 tentang gssu..

jangan pernah bagi alasan...

"kritikan membina yang diharapkan"

Sunday, March 1, 2009

1 mac 2009 yang indah

Salam perpaduan..


Hari ini merupakan hari minggu yang indah. Bersama menyertai dan menonton program yang dijalankan pelbagai pihak,, dari JPK Kolej, Mpp, dan Kelab2 lain. Memeriahkan Unimas. Kemeriahan yang diinginkan oleh GSSU. Suara siswa bergema.

Namun dalam kemeriahan tersebut. Terdapat gak penganjur yang bersedih dan putus harapan, kerana program tidak mendapat sambutan.

Ni ar masalah kita, semua nak wat program tapi tiada PERPADUAN. Kolej Alamanda, tidak mendapat sambutan semasa majlis pembukaan. Agak kecewa disitu, tetapi kenapa pilih tarikh yang sama dengan Sukan Inter kolej? Bukan ke sukan inter kolej, melibatkan peserta alamanda maka penyertaan amat mengecewakan..

Jpk Sakura menjalankan Program Kursus Kawen.. Program Ini mendapat sambutan kerana publisiti yang baik dan meluas. Tahniah diucapkan. Selain itu, Program Feb (Marketing). juga akan melaksanakan Program kursus kawin Minggu depan. Dikhabarkan seramai 200 penyertaan dan tempat telah penuh di tempah. Walaupun Progam tersebut sangat baik, namun di anjurkan oleh 2 penganjur berbeza dan masa berbeza. Perlu ke pembaziran masa.

Battle of the band semalam meriah dan ramai penonton, tahniah penganjur. Good Job.. namun Cuma sedikit masalah saja iaitu pemilihan tempat. Tetapi itu dimaafkan memandangkan program tersebut untuk Service Marketing. Maka tujuannya untuk “Maksimumkan Untung bukan Maksimumkan Entertainment”

KAlo Mahasiswa inginkan muzik lagi, PErgilah Battle of the Band anjuran Pelajar FSGK.
Pada 6mac.. Tahniah Fsgk.. MEngaplikasikan apa yang dipelajari.

Akhir sekali. CAdangan daripada MT GSSU, agar MPP dijadikan tempat rujukan untuk memilih tarikh dan sokongan program yang ingin dianjurkan. Supaya tidak berlaku pertindihan program,

Selamat membaca yang sudi membaca..

WAsalam.