Monday, June 29, 2009

Welcome New Student

Salam Takzim dan Perpaduan.
on 27-28 Jun the new student UNIMAS is register here. welcome to new place friends. Hope the new student will get what they should get in UNIMAS. Hopefully the L.O will be good trainer to give the knowledge to new student.


Semoga pelajar baru merasai alam universiti sebagai satu kehidupan yang indah dan tidak terasa terbeban seperti senior sebelum ini. Dalam perjalanan MAP kali ini pengurusan dan perjalanan program amat teratur dengan penghulu yang sangat komitmen dan bertanggungjawab. Selain L.o yang bertugas. Tahniah.. cuma walaupun terdapat sebilangan kecil L.O yang mempunyai tujuan lain dalam melaksanakan tugas sehingga mendatangkan masalah kecil kepada organisasi MAP.

selamat buat semua. semoga student baru berasa bahagia dan aman di sini. Untuk Senior UNIMAS. Selamat pulang ke UNIMAS mulai minggu depan. berganding bahu bersama memajukan dan mengemilangkan UNIMAs.

untuk makluman. Sukan Air akan berlangsung selepas minggu MAP. sertai Kolej anda dan lakukanlah yang terbaik.

T.Kasih. Selamat membaca.

Thursday, June 18, 2009

Kembali semula

Semester baru akan bermula tidak lama lagi. semoga sahabat-sahabat bersedia menghadapi hari-hari mendatang di UNIMAS dengan hati yang kembali tenang. Keputusan peperiksaan sudah dikeluarkan. Berdoa untuk semua agar mendapat kelulusan dan keputusan yang diharapkan. Setakat cuti hampir 2 bulan ini, alhamdullilah tidak kedengaran pelajar UNIMAS yang meninggal dunia atau mengalami kemalangan sperti semester lepas. Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan semua.

Kepada pembaca-pembaca blog ini, maaf di pinta kerana tidak mengupdate berita dan maklumat terbaru berkaitan UNIMAS kerana masalah dalaman yang agak kritikal. Segalanya kembali reda. Sokongan sahabat dan nasihat amat diperlukan dalam satu organisasi yang besar. Semoga ditunjukkan jalan bagi orang-orang yang sabar.

-Salam ikhlas dari Ex-S.u-

Monday, March 23, 2009

Amanat terakhir S.U GSSU

Untuk kali terakhirnya menulis dalam blog ini.

Salam perpaduan dan takzim untuk semua yang membaca.

Gssu sangat bermakna bagi orang yang sedar erti sebenar gssu. Yang bersama berusaha atas nama kawan-kawan. Membantu kawan2. Semangat dan iltizam untuk bersatu walau berbeza agama,kaum, fakulti dan aliran politik kearah kesamarataan antara satu dan lain.

Tidak rasa terlewat untuk saya merakamkan terima kasih kepada saudara Hayat yang memilih saya untuk jadi S.U pada hari sebelum piliharaya. Thanks bro. tapi tidak terlewat juga untuk saya meminta maaf kepada saudara hayat kerana tidak dapat melaksanakan tugas sebagai s.u dengan baik. Untuk itu, terasa bersalah untuk meneruskan tanggungjawab yang besar ini. Oleh itu, apalah kiranya saya berehat daripada terlibat dengan gssu. Namun dihati ini tersemat bangga bersama gssu.

Inilah namanya pengorbanan, apalah kiranya gssu tanpa S.U berbanding gssu kehilangan kepercayaan daripada orang ramai. Maaf atas keterlanjuran kata S.U, kesilapan dalam tindakan, kealpaan dalam teguran menyebabkan GSSU di pandang rendah dan serong. Di harap, semoga penganti akan datang lebih digemari dan disukai oleh gssu yang lain.

Ini hanyalah pendapat peribadi yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, segala yang datang dari lahiriah. Tujuan satu untuk mengelakkan gssu daripada hilang kepercayaan.

Lau, Hayat, Fahmi, Sapuan suaidi, Don, Syafik, syam, rapel, razuan, boy, dan naza sahabat-sahabat yang bersama pada malam sebelum mengundi pilihanraya MPP, saat yang sentiasa dikenang dan bersemadi dalam hati. Selamat berjuang di landasan masing-masing.


Wasalam.

“Dari pelajar untuk pelajar”

“Proud be part of GSSU”

Wednesday, March 18, 2009

Perjumpaan MPP bersama pelajar tahun 1

Salam perpaduan,

Terasa terlewat untuk update berkaitan perjumpaan YDP Hayat dengan pelajar tahun 1 untuk membincangkan resolusi untuk membantu meredakan kesulitan yang dihadapi.

Permulaan perjumpaan, pelajar tahun 1 masih kabur dan tidak paham dengan kenyataan Ydp. Pelbagai persoalan diajukan, menunjukkan rasa ingin tahu pelajar. Kerana ia melibatkan masa depan mereka. Ydp juga merasakan kesengsaraan dan bebanan pelajar2 ini. Sebab itulah resolusi ini dibincangkan. Namun, ingin diingatkan bahawa usul ini tidak akan berjaya sekiranya pelajar tahun 1 tidak menandatangani memorandum atau petisyen yang akan dikeluarkan. GSSU hanya boleh katakan, itu semua masa depan pelajar tahun 1. sekiranya mereka tidak berusaha untuk membantu diri mereka sendiri. MPP tak rugi apa-apa pun. Jadi, fikir-fikirkanlah.. Mpp da buat dan buka jalan untuk anda. Anda mampu mengubahnya.

Terpancar wajah-wajah kerisauan pelajar tahun 1 nie. Relaks je.
Mpp akan tolong. Dari pelajar untuk pelajar.

Kalau MPP pun tak tolong, wat je aduan kat blog ni..

Sunday, March 15, 2009

Kesumas sedang berlangsung

Kesumas merupakan sukan antara fakulti yang dianjurkan oleh pelajar.

hari ini berlangsung acara sukan ping-pong, bola jaring dan bola tampar.

hari-hari mendatang pelbagai acara sukan akan berlangsung.. mana2 pelajar yang ada masa lapang dan tak bz dengan asignment datanglah memeriahkan majlis.. apalah kiranya kita sumbangkan sokongan 30 minit utk fakulti kita. asignment berlambakkan tension.. so tenangkan diri dengan bersukan dan beriadah..

sokong fakulti anda..

wasalam.

yg menjalankan tugas..

Saturday, March 14, 2009

Aktiviti ahli GSSU untuk Unimas

Salam perpaduan,

Kearah mengemilangkan Unimas,

Alhamdulillah, semalam pasukan kompang Unimas, yang terdiri 5 orang gssu, telah menunjukan bakat terpendam dalam pertandingan hadrah anjuran uitm, samarahan.

Tulisan ini, bukan untuk menulis tentang pertandingan tersebut, tetapi menjurus kearah menggemilangkan nama Unimas. Kami pergi ke UITM, menaiki bas UNIMAS. Terima kasih pentadbiran, sekurang-kurangnya kami bangga membawa nama Unimas.

Pemain kompang ini terpilih kerana pegawai HEP Unimas yang berminat mendengar paluan kompang semasa majlis perasmian Minggu Pengahayatan Islam peringkat UNIMAS.

Penghargaan yang besar buat pemain kompang kerana muzik dan paluan kompang diterima oleh semua.

Bagi saya, ini merupakan platform agar kelab-kelab lain juga berusaha untuk memajukan kelab masing-masing dengan cara masing-masing untuk tujuan menggemilangkan Unimas.

Tahniah pasukan kompang yang membawa nama Unimas. Kita Bersatu atas satu suara, suara kompang.

Wasalam..

Saturday, March 7, 2009

Minggu Penghayatan Islam

Salam Perpaduan

Minggu Penghayatn Islam datang lagi. Anjuran MPP, JPK Kolej dan UPMU. Tahniah menganjurkan majlis ilmuan yang mengangkat martabat Islam. Dalam kemeriahan penganjuran terdapat kepincangan kecil yang boleh diperbaiki. Tahniah kepada Bismi. Kehadiran pelajar memang di jangka, hanya segelintir yang tahu. Apa faktornya.

Banyak faktor yang menjadikan majlis dalam unimas tidak berjaya. Tak boleh gak untuk salahkan pelajar yang tak datang.

Dalam survey yang dibuat, dapat dilihat pada hari Sabtu pelajar FSKPM ada exam Psikologi, pelajar FSGK ada soft skill.

So diorang nak datang ke?

Kalau nak ramai penyertaan, kenapa tak bawa isu kelas hari sabtu ni ke pihak atasan. Jadikan hari minggu sebagai hari berpersatuan. Wajibkan.

Ada yang dalam S.u melihat perkembangan unimas, penganjur2 event di dalam Unimas mula putus asa kerana wat apa2 event je mesti tak dapat sambutan, sampai ada yg kata .. budak Unimas nak apa lagi ntah.

Tu ar cabarannya. Dan ditanya kepada bekas pelajar Diploma di Universiti lain yang belajar di Unimas, pandangan beliau tentang belajar di Unimas dan kemerosotan penglibatan dalam persatuan.

1) Unimas kedekut bajet. (xda bajet macamna nak wat projek)
2) Bas untuk aktiviti guna bas luar, so macamana orang luar nak tau aktiviti tue dari Unimas. Takdapat lah nak promote unimas.
3) Banyak sangat kelas pada hari sabtu.
4) Pelajar yang jadi wakil pelajar (MPP) utk glamour je bukan untuk pelajar
5) aktiviti yang dianjurkan sama je tiap tahun..

Cara penyelesaian yang dicadangkan.

1) bajet minima untuk kelab rm 2000
2) MPP cari dana sendiri dari luar kalau Unimas takde duit
3) kelulusan projek di mudahkan
4) sabtu ahad wajibkan aktiviti semua terlibat.

So. Kita sama2 lah fikirkan.
Unimas da ketinggalan jauh, dari ko-ko..

Wasalam..

Dari pelajar untuk pelajar