Wednesday, February 9, 2011

PRK dan Anda?

Salam Hormat buat pembaca terhormat sekalian.

Apa sebenarnya PRK ini? ada yang bertanya kepada saya. PRK = Pilihanraya Kampus atau bahasa mudahnya pengundian untuk memilih wakil pemimpin.. Pemimpin? siapa yang anda inginkan, anda pilih dan buat keputusan.

GSSU sentiasa bersama dalam menyampaikan amanat agar setiap pelusuk unimas tahu erti sebenar PRK bukan untuk siapa. tetapi untuk anda.. Warga unimas yang bergelar mahasiswa..

Hak dan keinginan anda untuk belajar disini perlu dihormati.

Anda sendiri boleh melihat trend dan budaya di kampus, apakah anda seronok dengan keadaan sedia ada? tanpa ada program-program yang merangsang kearah pembentukan sahsiah dan melahirkan graduan yang "fleksible" atau berkarisma.

Sememangnya ramai diluar sana yang mencari peluang dan platform untuk meluahkan perasaan dan amarah, dan memberikan cadangan untuk pembangunan modal Insan (mahasiswa).. namun tiada... Apa kata.. Anda salurkan ke FB GSSU.. Insyaallah ada yang akan try untuk memberikan solution, bukannya "janji-janji manis"

Unimas tidakkan bangga dengan staf mereka, tanpa anda student.. Anda yang menciptakan "duit" kepada mereka. Anda adalah Customer.. dan "customer always right".


"Unimas Milik Kita, Kita Prihatin"
tanpa mengira PRO-M or PRO-A, asalkan mereka berjiwa pelajar.. SOkong mereka..


sekian.

Thursday, October 14, 2010

Kata Bidalan Buat Renungan

"Kalau Kita suka Kutuk Orang Lain,"
Kita Adalah Manusia Terkutuk"

"Kalau Kita Hina Orang Lain"
"Kita Adalah Manusia Terhina Dari Binatang"

Tapi Kalau Kita Tidak Boleh Terima Kritikan,
Kita Bukan PEMIMPIN AZALI"


Renung-renungkan lah..


Sunday, October 10, 2010

Jangan Perlekeh Adat. Buruk padahnya



Salam..

Setiap daripada kita mempunyai pandangan dan persepsi berbeza untuk sesuatu kejadian. Makanya apa-apa aspek dalam kehidupan ada positif dan negatif. Bila kita sentuh sesuatu isu yang sensitif secara negatif maka kesannya negatif.

Kita kena sedar, kita berada di kawasan yang berbilang kaum. Please Respect others. Sebab nila rosak susu sebelanga.

Cari jalan penyelesaian dengan intelektual.. bukan sekadar duduk depan laptop.. menaip.. tanpa menggerakkan tangan kearah kebaikan.

Pandangan saya tentang isu Rumpun Budaya Pesta Konvo:

1) Kalau kita rasa program itu menghayalkan, membudayakan sosial, dan gejala negatif.. kita hindari diri kita sendiri dulu. tak payah pergi je. (tanda protes)
2) Kalau kita pergi pula.. kita tengok dan hayati. kalau tak sesuai dengan jiwa dan adat kita, kita istigfar dalam diri. (Jangan Kritik, sebab orang diluar tak suka dikritik).

3) Apa pun adat dalam dunia ini adalah terbaik. tiada adat sesuatu bangsa itu melebihi adat bangsa lain. jangan semai semangat etnosentrik iaitu merasa bangsa sendiri hebat.

Penyelesaian:

1) Kalau isu ini diperdebatkan boleh mendatangkan amarah. apa kata, yang menulis tarik balik statement dan membuat pernyataan MAAF.
2) Sebelum tulis. buat research dulu. baca dari pelbagai sudut.
3) Bayu yang terkena tempias? Ucapan terima kasih kerana membuat pertunjukan semata-mata untuk merai kan graduan.. Sangat-sangat dihargai. (bayu buat dengan cara bayu, kita respek, pro-M kalau buat dengan cara PRo-M, kita pun respek).
4) Mentaliti kita kena letak pada no 1. Jangan cepat melatah..

Di kesempatan ini, (mengambil kesempatan).

"Perjuangan untuk student perlu bermula dengan memberitahu apa hak student. biarkan student tahu apa yang mereka tak tahu. Ajarkan mereka dengan ilmu kehidupan mahasiswa, selain ilmu akademik, Benarkan mahasiswa bersuara, berani bersuara... bukan hanya bersuara mengkritik orang lain semata-mata.. tanpa penyelesaian.. tapi biarlah kritikan membina"

"Aktifnya Bayu menunjukkan aktifnya mahasiswa dalam bayu.. kita sokong. Kalau ada kelab lain hebat juga kita sokong.. Asalkan kita tahu.. tujuan dan matlamat kita.. Kepimpinan melalui teladan.

Gssu tetap membela student dengan tangan2 ghaib- bukan cakap je pandai.. buat tengok

wasalam.



Penulis secara peribadi dan tidak membawa maksud gssu (syok sendiri).

Sekadar berkongsi..

Salah silap tolong betulkan. kadang-kadang kita tulis.. bukan semua orang suka.

"Jangan Hina Bangsa Lain. Saya anak bangsa Malaysia"

Saturday, October 9, 2010

Cara mengatasi masalah pengangkutan?

Cara-cara mengelakkan masalah pada pengangkutan

1) Pihak penganjur hendaklah bertanggung jawab..

mereka perlu melantik ajk pengangkutan. Maka ajk ini perlulah pastikan bahawa bas mencukupi.. jangkaan perlulah di utamakan.. Berapa bas diperlukan. Bukan senang nak apply bas.. kena ikut procedure pihak pengurusan gak.. tak kira mana2 tempat pun.. swasta maupun kerajaan.. kalau tiada hitam putih.. belum tentu diluluskan.. kalau dapat bas 2 buah sahaja diluluskan.. cuba usaha untuk dapatkan bas tambahan.. bukan da majlis bermula pada hari tu juga mintak bas tambahan.. itu akan jadi msalah.. ye memang bas banyak.. ingat nak lepaskan bas.. bagi kunci kat driver.. then bas jalan??

2) Pihak yang berjalan kaki..
jangan salahkan orang lain dan diri sendiri.. usaha anda jalan kaki sememangnya di puji. Kerana anda berani untuk mengelakkan masa terbuang menunggu bas.. Anggaplah usaha anda hari ini.. akan memberikan kesan positif pada masa depan.. anda bayangkan.. anda berjalan kaki.. ada pihak pengurusan. Atau pihak media.. ambil picture anda. Dan hantar ke pada pihak atasan.. adakah pihak atasan akn membiarkan sahaja? Tercemar nanti nama unimas.. maka akan ada usaha memperbaiki pada masa akan datang. Ingatlah bahawa apa yang kita buat hari ini.. memberikan kesan pada hari esok.


3) Pelajar yang berada dalam bas.. Anda sedang berada dalam bas.. apakah tindakan anda? Bila anda terang2 melihat kawan2 anda berjalan kaki.. ANda memaki mereka? Kerana mereka berjalan kaki.? Adakah itu positif? Dan membantu? Tidak sama sekali. Sememangnya, bas mengikut peraturan tidak dibenarkan memberhentikan bas di kawasan tak sepatutnya. Boleh tak anda tolong… tolong cakap kat pemandu bas “ Pakcik.. mintak tolong ckit pakcik.. saya mintak BUDI baik dan IHSAN pakcik, untuk tumpangkan mereka yang berjalan.. kecian mereka.”.. Adakah pakcik tu berhenti? Itu kita serahkan pada pemandu.. budi bicara mereka.. yang penting tanggungjawab kita selesaikan.

4) MPP? Apa yang mereka boleh lakukan? Mereka perlulah membawa isu ini keatas.. tolong.. GSSU merayu.. tolong berada di pihak pelajar yang tertindas.. dan berada di pihak pengangkutan .. kita semua manusia biasa.. sekarang bukan masa menuding jari.. cari kesalahan orang lain.. itu akan membuka kesalahan2 kita sendiri..

Sekadar berkongsi.. mungkin cara-cara diatas hanya tulisan kosong sahaja dan tanpa usaha kan anda pikir? Gssu cakap jer?? Hehe..

Hanya tuhan yang tahu.. Semoga kita dalam kerahmatan.. Be Positif my fren..

Sunday, October 3, 2010

Anasir Luar MAsuk?







Salam...
Permulaan kepada perang saraf buat sang pejuang..

Seperti sedia maklum bahawa Tangan2 ghaib Gssu telah berterbangan mencari "mangsa" untuk perubahan-perubahan yang didasari (HAK Mahasiswa-siswi).

Tanpa ada sokongan, tulang belakang dan Pengaruh dari Parti Politik hendaknya..



Kesan bila Parti politik masuk?

1) Mahasiswa akan menjadi takut untuk berhimpun, bersuara..
2) Maki hamun dan fitnah berleluasa
3) MEMBANGKANG tanpa menyelesaikan
4) Mencari Salah pihak atasan dan menyalahkan student
5) Menjadi TALI BARUT PARTI POLITIK


Tangan-tangan ghaib GSSU bersuara:

1) Pro-M VS PRo ASpirasi

Kerajaan vs pembangkang kononnya,... dapat kita lihat bahawa Pro-M menuduh pro A sebagai barua dan tali barut HEP? betulkan?

Maka nya.. PRO M tali BARUT siapa?? Tali barut PKR dan PAS..

menjadi suruhan untuk mendasari pemikiran kearah mentaliti kelas ke 3 mahasiswa..

Apalah salahnya.. bergabung dan menjadi satu... SATU SUARA MAHASISWA.. (BUKAN 1MSIA)..

BILA SUARA-SUARA DAN TANGAN-TANGAN MAHASISWA BERGABUNG SAMADA PRO-M, PRO A, PRO B, PRO C, PRO D, PRO E DAN PRO2 LAIN NYA.. menjadikan unimas hak student.. andai ada dasar-dasar dan pentadbiran yang menyekat student.. maka student ada platform lain.. selain dari mengharap MPP...

Tangan-tangan ghaib merasakan perubahan-perubahan telah dan sedang berlaku.. jika kita mampu melihat dengan mata hati..

Semoga tangan-tangan ghaib ini sentiasa membantu mahasiswa mahasiswi unimas untuk merasa jiwa-jiwa mahasiswa dan menjadi mentaliti mahasiswa kelas 1 dan mampu berdaya saing dan menjadikan UNIMAS GEMILANG..

Monday, September 27, 2010

Gssu- Kebajikan Mahasiswa atau Suara politik?

Salam Perjuangan bagi yang berjuang.

Terbangkit rasa untuk menulis semula setelah pelbagai dakyah dan omongan kosong dari pihak lawan tentang gssu. Dont judge book by it cover? maka nya ramailah omongan2 yang tak pernah tahu tentang gssu membuat andaian dan persepsi masing-masing..

Kami sememangnya bukan berteraskan parti politik.. tiada parti yang akan tolong kami ... kami tak perlukan parti-parti politik untuk merencana perjuangan kami.. mungkin idea kami sama dengan idea perjuangan parti politik..

Sememangnya semua sedia maklum bahawa.. GSSU MENOLAK UMNO-BN.. (kat sarawak umno tak wujud).

Kami inginkan mahasiswa dan mahasiswi yang lahir dari unimas yang menjadi sebenar-benar mahasiswa.. yang berani bersuara.. bukan hanya sekadar tahu isu politik Malaysia semata2..

PAS. PKR DAP. maupun UMno.. itu hanyalah sebahagian dari agen politik malaysia..

bukan politik mahasiswa.. mahasiswa kena sedar apa HAK mereka.. Siapa MEreka.. untuk apa mereka berada di unimas.. dan masa depan mereka..

berani bersuara.. itu yang kami perjuangkan.. suara mahasiswa...

sekiranya ada program HEP yang bertentangan dengan norma mahasiswa.. mahasiswa kritik.. mahasiswa bersuara..

Di unimas, kita lihat semasa ambang merdeka.. Sidang syarahan.. adakah syarahan bertajuk 1 malaysia itu.. mahasiswa benar2 memberikan INFORMASI YANG BETUL. atau sekadar bersyarahan...
INI TAK LAIN HANYALAH GOLONGAN MUNAFIK... (BILA BERKATA.,, DIRI SENDIRI TAK BUAT) dan mengeluarkan omongan kosong yang sia-sia..

Semua pemberi syarahan.. menyokong 1 MALAYSIa??? adakah ini mahasiswa KELAS 1? NI MENTALITI MAHASISWA KELAS KE3.. KENAPA MESTI MENYOKONG.. DENGAN HANYA BERLANDASKAN HUJAH2 YANG LEMAH...

semua omong-omongan kosong yang menjelekkan...


sekadar contoh:/

Sekiranya kita di berikan assingment dengan satu tajuk.. kenapa semasa membuat asignment kita mampu memberikan evident dan hujah yang ada rujukan.. dengan ada hujah MENYOKONG DAN MEMBANGKANG.. yang mana betul yang mana salah.. dan cara-cara memperbaikinya.. sedangkan bila berhujah dan berdebat... yea-- semua setuju.. bagus2..

apakah ini??

Janganlah kita terhasut oleh propaganda kerajaan dan pembangkang.. kita ada hak untuk membuat andaian dan persepsi.. apa pun anda sokong. sokonglah dengan hujah dan idea yang bernas..

JAdilah mahasiswa yang berani bersuara.. tidak kira anda bersuara menyokong KETUANAN MELAYU.. KETUANAN RAKYAT.. tapi semaikan lah dalam jiwa.. KETUANAN MAHASISWA..
MENGUTAMAKAN MAHASISWA... saling membantu dan memberikan kerjasama.. dalam
MEwacana UNIMAS KEARAH KEGEMILANGAN.. MENJADIKAN GENERASI BARU YANG BELAJAR DI UNIMAS AKAN MENDAPAT KEBEBASAN BERSUARA.. KEBEBASAN BERSUKAN,,, KEBEBASAN MEMILIH,, KEBEBASAN BERKARYA,, DAN KEBEBASAN MEMIMPIN... JANGAN BIARKAN GENERASI BARU MERASA PERIT DAN SUSAH SEPERTI APA YANG KITA RASAI..

WASALAM..

S.U..




Sunday, August 8, 2010

Kembali semula

Semoga permulaan yang awal diteruskan sepanjang zaman.. ingat resminya padi, semakin berisi semakin tunduk. kita insan perlu lebih merendah diri bila ilmu didada penuh..

Apa yang berlaku pada masa ini di unimas dirancakkan dengan aktiviti Kesumas dan minggu penghayatan islam yang menjelang tiba. Promosi di jalankan sehabis baik. namun penyertaan masih tahap kabur. Siapa salah bukan isunya, isunya salahkan diri sendiri. kadang kita merangkak juga boleh tersembam sendiri dan salahkan orang lain..

Lahirnya sekarang pemimpin pelajar yang mencari populariti murahan, sogok sang perwira berkokok kencang menjalankan aktiviti. pantang ditegur pantang di cabar. Akhirnya, mahasiswa lupa apa makna mahasiswa itu sendiri. Bila mana pemimpin pelajarnya tidak membela nasib pelajar, yang dibuang kolej, mahupun masalah kekangan kewangan. Yang diagungkan dan dikerjakan adalah aktiviti dan aktiviti dan aktiviti... Pembelaan pelajar dimana??????

Tanya diri kita sendiri, sekiranya kita menghadapi masalah di unimas, di mana aduan kita?? siapa patut diadukan,. bukan menjadi generasi yang suka mengadu.. tetapi kita inginkan apa yang sepatutnya kita dapatkan..


Teruskan perjuangan.. perjuangan untuk apa? untuk masa depan.. menjadi mahasiswa yang idealistik dan holistik.. bagi mencapai kearah wawasan 2020...


wasalam..