Sunday, October 10, 2010

Jangan Perlekeh Adat. Buruk padahnya



Salam..

Setiap daripada kita mempunyai pandangan dan persepsi berbeza untuk sesuatu kejadian. Makanya apa-apa aspek dalam kehidupan ada positif dan negatif. Bila kita sentuh sesuatu isu yang sensitif secara negatif maka kesannya negatif.

Kita kena sedar, kita berada di kawasan yang berbilang kaum. Please Respect others. Sebab nila rosak susu sebelanga.

Cari jalan penyelesaian dengan intelektual.. bukan sekadar duduk depan laptop.. menaip.. tanpa menggerakkan tangan kearah kebaikan.

Pandangan saya tentang isu Rumpun Budaya Pesta Konvo:

1) Kalau kita rasa program itu menghayalkan, membudayakan sosial, dan gejala negatif.. kita hindari diri kita sendiri dulu. tak payah pergi je. (tanda protes)
2) Kalau kita pergi pula.. kita tengok dan hayati. kalau tak sesuai dengan jiwa dan adat kita, kita istigfar dalam diri. (Jangan Kritik, sebab orang diluar tak suka dikritik).

3) Apa pun adat dalam dunia ini adalah terbaik. tiada adat sesuatu bangsa itu melebihi adat bangsa lain. jangan semai semangat etnosentrik iaitu merasa bangsa sendiri hebat.

Penyelesaian:

1) Kalau isu ini diperdebatkan boleh mendatangkan amarah. apa kata, yang menulis tarik balik statement dan membuat pernyataan MAAF.
2) Sebelum tulis. buat research dulu. baca dari pelbagai sudut.
3) Bayu yang terkena tempias? Ucapan terima kasih kerana membuat pertunjukan semata-mata untuk merai kan graduan.. Sangat-sangat dihargai. (bayu buat dengan cara bayu, kita respek, pro-M kalau buat dengan cara PRo-M, kita pun respek).
4) Mentaliti kita kena letak pada no 1. Jangan cepat melatah..

Di kesempatan ini, (mengambil kesempatan).

"Perjuangan untuk student perlu bermula dengan memberitahu apa hak student. biarkan student tahu apa yang mereka tak tahu. Ajarkan mereka dengan ilmu kehidupan mahasiswa, selain ilmu akademik, Benarkan mahasiswa bersuara, berani bersuara... bukan hanya bersuara mengkritik orang lain semata-mata.. tanpa penyelesaian.. tapi biarlah kritikan membina"

"Aktifnya Bayu menunjukkan aktifnya mahasiswa dalam bayu.. kita sokong. Kalau ada kelab lain hebat juga kita sokong.. Asalkan kita tahu.. tujuan dan matlamat kita.. Kepimpinan melalui teladan.

Gssu tetap membela student dengan tangan2 ghaib- bukan cakap je pandai.. buat tengok

wasalam.



Penulis secara peribadi dan tidak membawa maksud gssu (syok sendiri).

Sekadar berkongsi..

Salah silap tolong betulkan. kadang-kadang kita tulis.. bukan semua orang suka.

"Jangan Hina Bangsa Lain. Saya anak bangsa Malaysia"

No comments: