Monday, January 12, 2009

pelajar UNIMAS kemalangan

salam perpaduan,

semalam sewaktu perjumpaan gssu dijalankan, kami mendapat maklumat bahawa ada pelajar unimas yang kemalangan di roundabot uitm.

kemalangan mengakibatkan kereta kancil QSJ milik pelajar berasal dari Kota Tinggi, johor remuk teruk. namun alhamdulillah pelajar tersebut terselamat.

semasa kejadian, staf unimas yang menaiki van berlambangkan logo unimas sempat berhenti dan melihat kejadian. apabila beliau mengetahui bahawa kemalangan melibatkan kereta pelajar. staf tersebut terus beredar.

Thanks staf, kerana tiada sifat kemanusiaan. kalau korang datang bukan naik kenderaan UNIMAS, kami tidak lah kisah sangat.. pengaduan seperti ini akan diajukan kepada pihak MPP dan TNC untuk tindakan lanjut.

wasalam.

perjumpaan ahli gssu

Salam perpaduan,

Pertemuan sahabat-sahabatku semalam sangat membanggakan, komitmen anda yang sanggup datang untuk membincangkan hal-hal berbangkit pelajar-pelajar sangat dipuji.

walaupun masing-masing sibuk dengan pembelajaran, namun time management amat lah penting sebagai mahasiswa.

Dalam pertemuan semalam, dapat dikenalpasti bahawa ahli gssu yang benar-benar tahu apa sebenarnya prjuangan gssu adalah seramai 20 orang. yang sanggup berkorban masa dan tenaga.

Sering di persoalkan dan di tanya oleh orang rmai.
Apa kelebihan GSSU? tiada kelebihan anda join gssu, gssu hanya menjaga kebajikan. orang-orang yang hanya mencari keuntungan dan kepentingan pribadi adalah dilarang untuk join gssu.
Dalam GSSU anda akan menjadi diri anda, anda tau apa yang patut anda lakukan, apa yang tidak patut anda lakukan. Dalam GSSU sering menasihtkan antara satu sama lain.

Salah seorang ahli GSSU mendapat Dean List, walaupun sibuk berkempen untuk PRK, dengan jawatan yang dipegang, tidak menjadi alasan untuk beliau brjaya. itulah hakikat bila kita membantu sesama kita, kejayaan yang dikecapi. resepi kejayaan juga dikongsi bersama ahli gssu yang lain. thanks my fren.

seterusnya,
dalam perbincangan juga menjurus kearah aktiviti yang akan dijalankan sesama kita.
tanpa sokongan orang ramai, kami tetap berusaha sesama kami, brgerak dan terus bergerak.

isu Israel juga dibincangkan, dan Demonstrasi akan dilaksanakan pada hari jumaat ini, di depan Hep.
lihatlah bahawa, tidak ramai mahasiswa unimas yang akan menyertai, kerana tiada kebaikan dan kelebihan pada mereka. serta perasaan takut menyuarakan suara menentang kezaliman. berbeza dalam GSSU dimana kita akan menjadi berani dan bersatu menentang kezaliman.

semangat perpaduan mahasiswa perlulah bermula sekarang.

wasalam.

Thursday, January 8, 2009

serangan Israel terhadap Gaza

salam perpaduan,

isu Palestin menjadi hangat semula selepas serangan bertali arus daripada pihak Zionis secara kejam ke atas bumi Gaza,

sebagai tanda rasa simpati sebagai manusia yang berperikemanusian, kita perlulah bersatu menentang kezaliman.

sebagai mahasiswa, pelbagai usaha boleh dilakukan sebagai tanda kita membenci Zionis Israel yang merupakan sekutu kuat Amerika.

antaranya memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat, serta menghantar memorandum bantahan kepada pihak kerajaan.

GSSU berharap agar MPP UNIMAS memberikan perhatian terhadap isu global ini, seperti membuat demonstrasi bantahan secara aman terhadap Israel dan Amerika Syarikat.

kita semua mahasiswa haruslah berani menentang kezaliman secara nyata.

wasalam..

anti-Israel.

Tuesday, January 6, 2009

Hasrat dengki dan dendam

salam perpaduan,

pembaca yang dihormati sekalian,

seorang ahli gssu yang dikatakan rapat dengan MPP baru telah di gertak atau di sound oleh pelajar yang tidak dikenali, yang tidak puas hati terhadap mpp yang baru.

ingin diingatkan disini, sekiranya anda pembaca tidak puashati dengan gssu atau pelajar yang memakai t-shirt gssu, sila bertemu sendiri dengan orang kuat GSSU seperti Rapelson Richard Hamit, Fadzely, Don, Syam, Fahami, Razuan, Rashid,
pelajar yang digertak tersebut juga hampir di tumbuk oleh orang yang berdendam dan dengki tersebut.

rasa tidak puashati tersebut di luahkan kepada pelajar yang tidak tahu menahu langsung tentang GSSU.


wasalam

"kearah kesepakatan dan keakraban mahasiswa UNIMAS"

Monday, January 5, 2009

mahasiswa unimas meninggal dunia

salam perpaduan,

akan diadakan kutipan kilat untuk mahasiswa unimas yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa cuti semester yang lepas. mahasiswa tersebut ialah saadiah abd aziz fakulti seni gunaan dan kreatif tahun 2.

semoga roh beliau dicucuri rahmat..

al fatihah.
"kearah kesepakatan dan keakraban mahasiswa UNIMAS"

Monday, December 29, 2008

sejarah awal GSSU

salam perpaduan,

bagi meredakan ketegangan semua, GSSU merupakan blog atau medium untuk semua mahasiswa unimas, menyuarakan hak, menanyakan permasalahan, berkongsi suka duka bersama. agar kita saling membantu kearah menjadikan mahasiswa yg aktif..

kami menjalankan tugas secara sukarela. sehingga mahasiswa itu sendiri lantang menyuarakan hak mereka.

antara hak yg perlu kita tahu ialah setiap cafe dari segi makanan dan harga. anda mampu memilih dan menilai, cafe mana yg murah dan berkualiti. berkaitan cafe juga, seharusnya setiap pemilik cafe menyediakan televisyen. namun hanya sebilangan kecil cafe yg memiliki televisyen.

utk makluman, di cafe tasik semasa sukan staff di sediakan televisyen dan ruang berkaraoke kepada staff dari luar atas permintaan staf.. maka, skiranya pelajar2 menyuarakan hasrat dalam bentuk suara ramai, maka televisyen dapat disediakan di cafe tersebut, itulah gunanya bila suara pelajar kuat dan ramai.

soal parking dan infrakstruktur, kita serahkan kepada kepimpinan yg baru uruskan, maka kita support tugas mpp yg baru. berikan mereka peluang memberikan khidmat kepada kita.

wasalam

"kearah kesepakatan dan keakraban mahasiswa UNIMAS"

-s.u gssu-

slamat tahun baru hijrah

salam perpaduan,

hari ini kita melangkah ke tahun baru dalam kalendar islam, kepada umat islam, slamat thun baru.

untuk itu, marilah bersama2 kita bergerak utk memajukan unimas untuk sem akan datang. berubah kearah yg lebih baik..

kepada MPP Gssu iaitu Saudara Razuan dan Abg Akhmas, jalankan tanggungjawab yg diamanahkan,

kami sentiasa membantu dan memberi sokongan.

kepada mahasiswa semua, berilah sokongan moral, sokongan tenaga, dan idea2 bernas kearah kita membangunkan mahasiswa modal insan.

bersama2lah meramaikan ahli grup GSSU di laman Friendster, supaya kita saling bertukar idea dan bersama melakukan tugas..

kearah kesepakatan dan keakraban mahasiswa UNIMAS

wasalam
-s.u GSSU-