Sunday, August 16, 2009

Tahniah buat Pesara Rapelson



Selesai sudah hari graduasi untuk mahasiswa unimas.
Rapelson merupakan pencetus kewujudan GSSU atas kesedaran beliau untuk menyatukan siswa-siswi untuk berani bersuara.

Kenapa beliau seorang OKU mempunyai keberanian untuk bersuara dan berpikiran terbuka, sedangkan kita yang sempurna tidak berani untuk bersuara untuk hak kita.

Tahniah buat rapelson yang banyak memberi impak kepada OKU yang lain antaranya menyebabkan pelbagai kemudahan di sediakan untuk oku antaranya laluan kerusi roda.

Beliau merupakan oku di FAkulti Sains Sosial yang sememangnya sedia maklum agak sukar untuk lulus, namun beliau berjaya bergraduasi..

semasa ingin ditemuramah oleh wartawan beliau melarikan diri kerana beliau tidak mahu menonjolkan diri beliau.. Sedarkah kita beliau oku tidak mendapat keistimewaan langsung.

Selain itu, Wang bantuan untuk OKU yang di berikan oleh JKm pun lambat diperolehi dan Untuk semester pertama beliau, langsung tidak diterima sedangkan menurut JKM wang tersebut telah dihantar ke UNIMAS. Maka.. Anda pikirlah sendiri. itulah kebanggaan kita di UNIMAS

-Tahniah buat saudara Rapelson daripada GSSU-


No comments: